2.1 KONSEP TAMADUN ISLAM
2.1.1 Pengertian Tamadun dan
Tamadun Islam
Secara umumnya pengertian tamadun
dan tamadun Islam mempunyai perkaitan daripada aspek bahasa dan istilah.
Pengertian tamadun atau peradaban secara keseluruhannya dapat dilihat melalui
sudut bahasa Arab, sudut epistemologi bahasa Inggeris dan Latin. Dari sudut
bahasa Arab, terdapat beberapa istilah yang dirujuk dalam konteks tamadun.
Antara istilah-istilah tersebut ialah madaniah, tamadun, dan hadarah. Ibn
Khaldun, seorang sarjana Islam yang unggul dalam bidang ilmu kemasyarakatan
Islam dalam karyanya Muqaddimmah telah menggunakan istilah urnran, Umran
digunakan dalam kajian tentang bandar- bandar atau ibu kota yang memiliki
kawasan tanah yang didiami dan penempatan, keadaan tinggal menetap, berkembang
subur dan maju. Selain itu, Ibn Khaldun juga menggunakan istilah hadarah
sebagai berlawanan dengan istilah badi atau badiah. Hadarah ialah suatu daerah,
kota, bandar, kampung atau tanah yang riinsahakan. Dalam penggunaan bahasa Arab
moden masa kini, perkataan tamadun bererti memiliki ciri-ciri hidup bandar, dan
kota-kota dipanggil mudu.n yang memiliki ciri-ciri tamadun. Dari sudut
epistemologi, istilah civilization dalam bahasa Inggeris berhubung kait dengan
kemajuan dalam kehidupan manusia yang membentuk peradaban dan tamadun. Ini
menunjukkan, bahawa istilah civilization yang dimaksudkan sebagai tamadun
manusiawi lebih merujuk kepada kemajuan jati diri manusia di dalam membangunkan
kehidupan dalam pelbagai peringkat terutamanya di peringkat negara.
Selain daripada definisi di atas,
terdapat di kalangan sarjana Islam yang memberikan definisi berhubung dengan
tamadun Islam. Di antara sarjana tersebut ialah Syed Muhammad Naquib Al-Attas.
Beliau telah memberikan takrif tamadun Islam sebagai "keadaan kehidupan
insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan
kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya" . Ibn Khaldun, sebelum
ini menghuraikan maksud tamadun Islam atau peradaban sebagai "pencapaian
manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka
jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan
mempunyai nilai-nilai sent." Tamadun Islam bersumberkan wahyu iaitu
al-Quran dan al-Hadis (al- Sunnah) dan tamadun ini didirikan oleh masyarakat
yang digelar dan menggelarkan diri mereka sebagai Muslim. Ini bermakna, tamadun
Islam tidak didirikan atas peranan atau kepentingan sesuatu bangsa, budaya atau
bersifat kebangsaan semata-mata. Tamadun Islam didirikan dan didukung sama ada oleh
bangsa Arab, Turki, Parsi, India, Sepanyol, Melayu dan sebagainya yang dianggap
saling melengkapi atau dikenali sebagai kesatuan ummah dan berpegang kepada
unsur penyatuan iaitu konsep tauhid (meng-Esakan Allah s.w.t.). Manakala
golongan minoriti bukan beragama Islam yang bernaung di bawah pemenntahan Islam
dianggap sebagai penyumbang kepada pencapaian tamadun Islam. Antara sumbangan
golongan minoriti bukan Islam ialah menterjemahkan buku-buku daripada
tamadun-tamadun sebelum Islam ke dalam bahasa Arab dan sumbangan dalam bidang
pengkhususan tertentu yang dianggap tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip
Islam.
2.1.2 Hubungan Tamadun dengan
Kebudayaan
Selain beberapa istilah yang
telah digunakan untuk merujuk kepada tamadun atau peradaban, istilah tamadun
dapat dihubungkan dengan istilah kebudayaan. Namun begitu, antara tamadun
dengan budaya wujud jurang pengertian yang berbeza terutamanya dari segi jangka
hayat, iaitu tamadun mempunyai jangka hayat yang panjang dan berkekalan
manakala budaya mempunyai jangka hayat yang pendek dan sentiasa mengalami
perubahan dan pembaharuan. Unsur-
unsur kebudayaan yang berkekalan
hayatnya akan dianggap sebagai unsur-unsur tamadun. Kebudayaan mengandungi
beberapa unsur yang bersifat sejagat atau universal, iaitu yang terkandung
dalam semua kebudayaan di dunia ini. Antara unsur-unsur bersifat sejagat ini
ialah pertama, peralatan dan kelengkapan keperluan kehidupan manusia
termasuklah pakaian, perlindungan (rumah), peralatan senjata, alat-alat
pengeluaran dan sebagainya. Kedua, sistem perekonomian dan mata pencarian
kehidupan. Ketiga, sistem kemasyarakatan, sistem keluarga, organisasi politik
dan sebagainya. Keempat, bahasa sebagai alat komumkasi sama ada bahasa secara
lisan ataupun melalui sistem tulisan; dan kelima, sistem ilmu pengetahuan.
Dalam konteks ini, terdapat
sekumpulan sarjana sains kemasyarakatan, antaranya pengikut aliran Max Weber,
yang membahagikan kebudayaan kepada dua kategon iaitu pertama, kebudayaan
berbentuk kerohaman dan kedua, kebudayaan berbentuk kebendaan. Kategori kedua,
kebudayaan berbentuk kebendaan inilah yang dinamakan civilization yang bermakna
tamadun atau peradaban.
Berdasarkan ketamadunan Islam,
kebudayaan Islam diertikan sebagai suatu cara kehidupan, cara berfikir dan cara
berasa ketakwaan dalam seluruh bidang kehidupan sekelompok manusia yang
membentuk kesatuan sosial dalam satu ruang dan waktu. Dalam konteks ini,
kebudayaan tertakluk kepada prinsip dan merupakan lanjutan dari agama dan
membentuk integrasi yang lengkap dengan agama. Pembentukan kebudayaan atau
kebudayaan Islam ini tunduk kepada peraturan yang telah ditentukan melalui
sumber-sumber asas perundangan Islam, iaitu al-Quran dan al-Hadis. Sekiranya
berlaku sebarang pertentangan antara kebudayaan dengan Islam, maka ia dianggap
sebagai kebudayaan bukan Islam.
2.2 MATLAMAT TAMADUN ISLAM
Tamadun Islam dipelajari dan
diperkenalkan secara sistematik kepada semua pengkaji dan pelajar kerana
mempunyai dua matlamat yang utama iaitu matlamat umum dan khusus. Secara
umumnya matlamat utama tamadun Islam ialah untuk mengangkat Islam sebagai
al-Deen iaitu satu cara hidup yang lengkap dan komprehensif. Memandangkan Islam
mempunyai satu cara hidup yang lengkap kepada manusia, maka melalui ilmu
tamadun Islam ini kesemua sistem hidup tersebut akan dihuraikan secara ilmiah.
Matlamat tamadun Islam secara
umumnya juga akan memaparkan keadilan sistem pemerintahan Islam yang pernah
ditegakkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., khulafa' al-Rashidin dan pada zaman
pemerintahan Islam yang seterusnya. Keadilan sistem pemerintahan Islam pada
zaman awal kebangkitan Islam dapat dibuktikan melalui fakta-fakta sejarah yang
telah
disepakati oleh sejarawan.
Ciri-ciri ketamadunan Islam yang telah dipaparkan melalui sistem pemerintahan
Islam daripada pelbagai zaman sewajarnya difahami dan dihayati oleh semua
generasi umat Islam dan bukan Islam.
Matlamat khusus tamadun Islam
adalah untuk menjalinkan hubungan manusia dengan Allah Pencipta Alam. Di
samping itu, tamadun Islam juga mempunyai matlamat khusus untuk mewujudkan
hubungan manusia dengan sesama manusia serta mewujudkan hubungan manusia dengan
alam sejagat. Dalam usaha untuk mencapai matlamat tamadun Islam, terdapat
beberapa ciri yang dianggap sebagai bersifat alat bantu yang diperlukan dan
dilaksanakan seperti pengenalan dan penggunaan sistem tulisan. Tulisan
merupakan salah satu ciri penting tamadun Islam kerana ia berperanan
mempercepat proses penyebaran kebudayaan Islam dan seterusnya meningkatkan
perkembangan ilmu yang member! kesan penting terhadap perubahan dan pembaharuan
dalam semua aspek kehidupan umat Islam. Kedua, kemunculan kota dan bandar yang
berkemampuan untuk menampung peningkatan jumlah penduduk yang sedia ada di
samping yang datang berhijrah atau bermigrasi. Ketiga, wujudnya
ketidakseragaman jenis bangsa yang memeluk Islam dan membentuk suatu masyarakat
Islam yang mengandungi pelbagai bangsa dengan pelbagai peranan. Perbezaan
peranan ini pula melahirkan pembahagian pengkhususan kerja dan seterusnya
terbentuklah suatu ekonomi bandar. Dan keempat, kewujudan bangunan-bangunan
atau monumen bersejarah yang menjadi lambang keagungan dan kebanggaan generasi
kemudiannya, seperti istana, masjid dan sebagainya.
Ciri-ciri yang bersifat alat
bantu yang diperlukan dan dilaksanakan akan dapat melahirkan matlamat tamadun
Islam dalam aspek-aspek berikut iaitu, pertama, hubungan manusia dengan Allah
Pencipta Alam; kedua, hubungan manusia dengan sesama manusia; dan ketiga,
hubungan manusia dengan alam sejagat.
2.2.1 Hubungan Manusia dengan
Allah Pencipta Alam
Islam tidak menentukan bahawa
pemikiran manusia hanya terhad sekadar untuk memikirkan tentang alam ini
semata-mata. la menyuruh manusia berfikir lebih jauh daripada itu, dengan
menumpukan pemikiran kepada Allah Pencipta Alam ini dan segala yang terkandung
dalam alam ini. Islam menyeru penganutnya agar menghidupkan rasa perhubungan
dengan pencipta-Nya kerana Dialah (Allah s.w.t.) yang memudahkan dan
mengurniakan kepada ahli-ahli fikir untuk mencipta pelbagai ciptaan dari semasa
ke semasa untuk memenuhi keperluan dan manfaat manusia sejagat. Ini bermakna,
tumpuan tidak hanya sekadar pada bidang pembangunan dengan menggunakan atau
mengeksploitasi sepenuhnya segala sumber dalam alam ini.
Hubungan manusia dengan
pencipta-Nya, Allah s.w.t. merupakan matlamat yang terpenting dan terakhir untuk
dituju dalam kehidupan. Inilah hubungan yang paling tinggi berbanding dengan
hubungan-hubungan lain; seperti hubungan dengan keluarga, kaum dan bangsa,
jenis manusia, kebendaan dan sebagainya. Hubungan-hubungan lain ini merupakan
makhluk Allah yang lain daripada perhubungan manusia dengan-Nya. Hakikatnya,
hubungan mulia manusia dengan manusia dan alam lainnya akan kembali kepada
perhubungan yang kudus dengan Pencipta Alam itu sendiri. Maka itu, hubungan
dengan Allah s.w.t. adalah perhubungan yang tertinggi, unggul, kudus, bahagia
dan suci murni. Perhubungan dengan Allah s.w.t. adalah setinggi-tinggi martabat
perhubungan, yang melahirkan suatu kenikmatan tidak terhingga kepada jiwa yang
bersih dan suci.
Dalam konteks ini, Pencipta Alam
inilah yang memerintah dan menguasainya tanpa membatalkannya. Firman Allah
s.w.t. bermaksud:
Katakanlah; Jika bapa-bapa,
anak-anak, saudara- saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan
yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugian, dan rumah-rumah
kediaman yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul- Nya
dan daripada berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampal Allah mendatangkan
keputusan-Nya. Dan Allah tidak member! petunjuk kepada orang- orang fasik.
(Surah At-Taubah: Ayat 24)
Oleh sebab itu, hubungan manusia
dengan pencipta-Nya, Allah s.w.t. adalah suatu bentuk hubungan yang unik,
berkekalan dan mutlak serta tidak menyamai atau dapat dibandmgkan dengan
sebarang bentuk hubungan lain. Bentuk hubungan lain tidaklah sebegitu serta
tidak dapat menyamai atau dibuat perbandingan. Umpamanya, hubungan dengan para
rasul merupakan hubungan untuk mengambil petunjuk dan teladan daripada tingkah
laku dan aktiviti mereka (sunnah), serta mematuhi ajaran yang dianjurkan oleh
mereka, di samping mencintai sifat-sifat peribadi mereka yang begitu unggul,
tetapi bukanlah hubungan perhambaan, kerana para rasul itu sendiri ialah
hamba-hamba Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. bermaksud: Isa itu tidak lain
hanyalah seoranghamha yangKami kumiakan kepadanya nikmat (kenabian)dan
Kamijadikan dia sebagai taw/a bukti (kekuasaan Allah) untuk Bani Israel (Surah
Az Zukhruf: Ayat 59).
Hubungan antara manusia dengan
Allah s.w.t telah melahirkan beberapa implikasi dan tanggapan yang tersendiri.
Pertama, pengiktirafan manusia yang dicipta terhadap Penciptanya, Pencipta
Manusia dan Alam Semesta. Pencipta ke atas segala-galanya termasuk undang-undang
dan peraturan-peraturan yar.g manusia dan alam tunduk di bawahnya, yang
dikenali dengan nama 'undang-
undang sebab-musabab'. Dalam
pengiktirafan ini, manusia di dalam genggaman Allah s.w.t dan di bawah
tadbiran-Nya, dan tidak dapat terpesong daripada- Nya. Segala kejadian yang
berlaku mendorong timbulnya perasaan manusia, bahawa ia adalah suatu makhluk
yang dimiliki Allah s.w.t., dan daripadanya terbit perasaan bertawakal ketika
ia melaksanakan undang-undang sebab- musabab itu. Maka itu, terbentuklah
pergantungan hati terhadap Penciptanya dan permohonan pertolongan adalah
semata-mata kepada Allah s.w.t.
Kedua, pengiktirafan manusia yang
dicipta terhadap keagungan pemerintahan-Nya dan kebesaran kekuasaan-Nya.
Pengiktirafan ini termasuklah sikap mengagungkan dan membesarkan Allah s.w.t.
serta mentakdiskan-Nya, di samping tunduk dan khusyuk kepada-Nya, serta patuh
kepada suruhan dan larangan-Nya, reda dan menyerah diri kepada segala
hukuman-Nya, setelah manusia itu sendiri menghabiskan daya usahanya dalam
setiap kegiatan wajib yang berhubung dengan duniawi dan akhirat.
Ketiga, pengiktirafan manusia
yang dicipta terhadap nikmat-nikmat Allah s.w.t. Pengiktirafan ini merupakan
suatu kewajipan manusia yang berbudi tinggi dan mengenang jasa, kerana nikmat-nikmat
Allah s.w.t. kepada manusia tidak ternilai dan tidak terhingga. Maka itu,
sebagai makhluk yang dicipta, manusia membalasnya dengan mengucap kata
puji-pujian dan kesyukuran yang layak bagi sifat-sifat ketinggian-Nya dengan
membuktikan melalui amal yang ikhlas, lahir dari batin semata-mata untuk-Nya.
Keempat, manusia yang dicipta
sentiasa menyedari dan mengharapkan rahmat dari Penciptanya. Penganugerahan
Allah s.w.t. adalah meliputi dirinya dengan apa yang diusahakan melalui
jalan-jalan yang mendampingkan dirinya dengan Allah s.w.t. dan rahmat-Nya.
Kelima, manusia yang dicipta
mempunyai perasaan bertanggungjawab. Melalui satu hubungan yang murni,
hendaklah wujud perasaan bertanggungjawab kepada Allah s.w.t. sebagai
Penciptanya yang memegang teraju kehidupannya, penguasa ke atas dirinya dan
untung nasibnya.
Keenam, penumpuan hanya kepada
Allah s.w.t. melalui permohonan dan doa. Permohonan dan permintaan hanyalah
kepada Penciptanya sahaja kerana selain-Nya, semuanya adalah makhluk yangjuga
dicipta-Nya, yang lemah dan tidak berdaya. Oleh itu permohonan kepada yang
lain, adalah merendahkan ketinggian dan kemurahan Allah s.w.t. yang tiada tolok
bandingnya itu, dan ini merupakan suatu kepercayaan yang menyeleweng dan sesat.
Dan ketujuh, bagi manusia yang dicipta,
cinta dan rindukan Allah s.w.t. adalah sebagai matlamat kehidupan. Cinta dan
rindukan Allah s.w.t. sebagai sumber bagi segala yang maivjud (wujud) dan
sumber bagi segala kenikmatan dan rahmat umum di alam ini, di samping mencari
keredaan-Nya yang sejati, agar dapat menikmati kebahagian di dunia dan akhirat.
2.2.2 Hubungan Manusia Sesama
Manusia
Masyarakat Islam merupakan suatu
masyarakat yang berbentuk sejagat, yakni tidak bersifat perkauman, tidak
bersifat kebangsaan dan tidak terbatas dalam lingkungan sempadan geografi dan
politik, lebih berbentuk kesatuan ummah. Hubungan dengan masyarakat bukan Islam
tidak dibataskan sama ada kerana perbezaan jenis, warna kulit, bahasa dan
bangsa, malah tidak juga memandang keyakinan dan kepercayaan individu tetapi
sebaliknya mementingkan hubungan baik, saling menghormati, bertoleransi dan
berdisiplin. Bagi masyarakat Islam, hanya terdapat satu ukuran untuk mendapat
tempat utama di sisi Khaliq, iaitu ketakwaan dan ketaatan kepada-Nya, di
samping berbuat baik kepada hamba- hamba-Nya. Firman Allah s.w.t. bermaksud:
Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki
dan semang iwanita, lalu Kamijadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku,
supaya kamu saling berkenal-kenalan. Sesungguhnyayangpaling mulia di sisiAllah
ialahyangpaling takwa di antara kamu (Surah Al-Hujuraat: Ayat 13). Dalam
konteks ini, Rasulullah s.a.w. juga telah memberikan penegasan tentang umat dan
berkait pula dengan masyarakat Islam, dalam sebuah hadis Baginda yang
bermaksud: Tidak ada kelebihan seorangArah dengan seorang 'Ajam, kecuali kerana
takwanya (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).
Ini menunjukkan bahawa idea
diskriminasi ras atau perkauman sudah dihapuskan dalam masyarakat Islam sejak
zaman Rasulullah s.a.w. lagi, dan sebaliknya, membuka pintunya kepada seluruh
umat manusia di atas muka bumi ini atas dasar persamaan yang sempurna, dan di
atas landasan perikemanusiaan yang murni. Atas dasar ini, maka semua manusia
berhak untuk berhimpun dalam pangkuan Islam dan di bawah perlindungan sistem
sosialnya. Namun begitu, dalam Islam wujud peranan dan tanggungjawab yang
berbeza antara orang Islam (Muslim) dengan orang Islam yang lain, dan antara
orang Islam dengan bukan Islam di dalam sesuatu masyarakat. Dengan itu, Islam
mewajibkan kepada pemerintah-pemerintah Islam supaya menjaga kepentingan bukan
Islam dengan seadil-adilnya, di samping terhadap orang Islam sendiri.
Kezaliman, kekerasan dan penganiayaan sesama manusia tanpa mengira orang Islam
atau bukan Islam ditolak dengan keras menurut ajaran Islam.
Kepentingan hubungan antara
manusia dengan sesama manusia ditonjolkan dalam ajaran Islam. Ini termasuklah
sebagaimana dinyatakan dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w. antaranya yang
bermaksud; OrangMukmin itu dengan mukminyanglainadalahlaksariasatu bangunan,
bahaffanyangsatu mengwttkan bahagian yang lain (diriwayatkan oleh Bukhari dan
Muslim). Menurut sabda Rasulullah s.a.w. lagi, yang bermaksud: Bandingan
orang-orangmukmin mengenai kasih sayang mereka, belas kasihan mereka dan
timbang rasa mereka adalah laksana sebatang tuhuh,jika satu anggota mendapat
sakit, maka seluruh anggota yang lain turut merasai sakit tanpa tidurdan merasa
demam (panas) (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).
Berdasarkan hubungan manusia sesama
manusia, hubungan yang begitu erat dan kasih sayang yang kukuh, merupakan satu
bentuk keharmonian dan disiplin yang tinggi. Ini merupakan gambaran yang jelas
bahawa tamadun Islam begitu mementingkan hubungan sesama manusia.
2.2.3 Hubungan Manusia dengan
Alam Sejagat
Tidak dapat diragukan lagi,
bahawa manusia itu merupakan sebahagian daripada alam sejagat, tetapi berada di
kedudukan yang istimewa dan berbeza antara bahagian-bahagian lain. Berbanding
makhluk lain di alam ini, manusia dikurnia atau dianugerahkan dengan
pancaindera yang berkembang dan subur, di sampmg akal fikiran yang dapat
mengumpulkan segala hasil yang dicapai oleh pancaindera sambil menyelaraskan
hasil yang dicapai oleh pancaindera itu hmgga dapat menjelaskan tentang hakikat
alam itu sendiri. Manusia dikurniai roh yang mempunyai keupayaan untuk subur
dan membesar serta meningkat ke arah ketinggian.
Maka itu, hubungan manusia dengan
alam sebagaimana yang dibentangkan dalam al-Quran ialah pertama, hubungan dalam
bidang pengambilan kepentingan dan penundukan segala yang terdapat padanya
untuk faedah, maslahat dan kepentingannya. Dalam al-Quran, ternyata banyak ayat
yang menyentuh mengenai kemanfaatan yang diperolehi manusia. Antaranya,
mengenai hubungan manusia dengan binatang. Firman Allah s.w.t. bermaksud: Dan
Kami tundukkan binatang-hinatang itu untuk mereka, maka seixihagiannya menjadi
tunggangan mereka dan sebahagiannya mereka makan (Surah Yaa Slin: Ayat 72).
Manfaat hubungan manusia dengan laut, sebagaimana firman Allah s.w.t. yang
bermaksud,
Dan Dialah Allah yang memudahkan
lautan (untukmu) agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan)
dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai, dan kamu
melihat bahtera belayar di dalamnya, dan supaya kamu mencari keuntungan dari
kurnia-Nya dan supaya kamu bersyukur. (Surah An Nahl: Ayat 14)
Manfaat hubungan manusia dengan
air dan tumbuh-tumbuhan, menurut firman Allah s.w.t. yang bermaksud, Dialah
yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi
minuman dan sebahagiannya menyuburkan tumbuhan yang pada (tempat tumbuhnya)
kamu menggembala ternak. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan, tanam-
tanaman, zaitun, kurma, anggur, dan bermacam- macam buah-buahan, sesungguhnya
padahal demikian itu tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikiran. (Surah
An Nahl: Ayat 10-11;
Berdasarkan ayat-ayat tersebut,
Allah s.w.t. sebagai Pencipta manusia dan alam ini memerintahkan hamba-Nya,
manusia mengambil daya usaha untuk memanfaatkan segala ciptaan. Pemanfaatan
terhadap ciptaan Allah s.w.t. ini, hendaklah dipergunakan dengan sepenuh
tanggungjawab untuk kemaslahatan dan kepentingan manusia.
Keduanya, dalam hubungan manusia
dengan alam sejagat ini, alam sejagat merupakan pentas yang dijadikan renungan
dan kajian serta mendalamkan pemikiran terhadapnya termasuk isi kandungannya.
Tentang alam sejagat ini, al-Quran telah mengulang-ulangkan beberapaperkataan
mengenai pmglihatan,pemanclangan,pendengamn, selain yang menunjukkan pemikiran
iaitu mereka memahami, mereka berfikir, mereka mengetahuinya dan sebagainya.
Melalui perkataan-perkataan ini, manusia hendaklah membuka mata terhadap alam
sekitarnya, memerhatikan dan mendalami renungan terhadapnya dengan menggunakan
akal yang sempurna. Sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan apakah
mereka tidak, memerhatikan bahawasanya Kami menghalau (awan yang mengandungi,
air) kebumiyangtandus,lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanam-tanaman
(Surah As-Sajdah: Ayat 27).
Sebagai kesimpulan, manusia
dengan fitrah dan tabii yang semula jadi akan tunduk akur kepada Allah Yang
Maha Bijaksana sebagai Pencipta Sekalian Alam, termasuk manusia. Maka itu
hubungan manusia dengan Penciptanya, hubungan manusia dengan sesama manusia,
dan hubungan manusia dengan alam sejagat akan melahirkan kekukuhan iman di
dalam jiwa serta ketakwaan yang padu daripada aspek rohani dan jasmani, dan
akhirnya akan tunduk dan patuh hanya kepada Penciptanya, Allah Yang Maha
Perkasa.
2.3 DASAR TAMADUN ISLAM
Dasar utama tamadun Islam ialah
untuk memelihara dan memulihkan serta menghormati hak asasi manusia yang telah
dianugerahkan Allah s.w.t. kepada hamba-hamba-Nya di dunia ini, termasuk
lain-lain makhluk ciptaan-Nya. Dasar utama tamadun Islam ini ditentukan, didorong
dan didukung oleh beberapa aspek penting iaitu memelihara jiwa atau nyawa atau
hak-hak hidup; memelihara
akal fikiran; memelihara
kehormatan dan keturunan; memelihara harta benda; dan memelihara hak dan
kebebasan.
2.3.1 Hak-hak Hidup
Allah s.w.t., Pencipta Yang Maha
Berkuasa terhadap sekalian alam telah mengurniakan kepada setiap makhluk
termasuk manusia tentang kehidupan. Oleh kerana kehidupan adalah hak
masyarakat, tanpa kebenaran-Nya tidak ada sesiapa berhak untuk mencabar hak
ini. Tentang kehidupan ini, Allah s.w.t. telah menegaskannya dalam firman-Nya,
yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kamilahyangmenghidupkandan mematikan, dan
Kamillah yangmenjadi 'waris (Surah Al-Hijr: Ayat 23).
Dalam hal ini, seseorang yang
menceroboh kehidupan seseorang yang lain bermakna menceroboh masyarakatnya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, Siapayangmembunuh orangtanpakesalahanatau
berbuatkerosakan di bumi, maka seolah-olah ia membunuh manusia semuanya (Surah
Al-Maaidah: Ayat 32).
Manakala seseorang yang membunuh
dirinya atau orang lain dianggap melakukan jenayah sosial yang besar iaitu
melawan qadak Allah s.w.t. dan kekuasaan-Nya. Maka itu ia berhak untuk menerima
azab di akhirat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Siapa yang
melakukan yang demikian secara ceroboh dan zaiim, maka Kami akan membakamya
dengan api (Surah An-Nisaa': Ayat 30).
Berdasarkan pernyataan di atas,
dapat disimpulkan pertamanya, setiap perkara yang berhubung dengan kehidupan
dan kawalannya adalah wajib seperti memelihara kesihatan, melawan penyakit dan
melawan wabak untuk mengawal hidup. Kedua, setiap perkara yang boleh
memudaratkan atau merosakkantubuh badan manusia atau mengancam nyawa kehidupan
atau melemahkannya adalah haram seperti mabuk (meminum minuman keras, menghisap
dadah), memakan benda yang mendatangkan bahaya kepada kesihatan tubuh badan dan
yang membawa kepada lemah anggota untuk melakukan ibadat kepada Allah s.w.t.
Sabda Rasulullahs.a.w. yang bermaksud: Sesungguhnya terhadap dirikamu, kamu ada
mempunyai hak, dan terhadap tuhuh kamu, kakamu mempunyai hak. (Diriwayatkan
oleh Bukhari). Ketiga, setiap perkara yang bermatlamat untuk kehidupan seperti
makan dan minum, pakaian dan sebagainya, sebagaimana firman Allah s.w.t. yang
bermaksud: Makan dan minumlah kamu, tetapijangan melampaui batas (Surah
Al-A'raaf: Ayat 31). Dan keempat, setiap perkara yang boleh mengelakkan
daripada kematian adalah wajib dilakukan seperti seseorang yang terlampau lapar
atau dahaga yang dikhuatiri akan membawa maut, maka wajiblah ia minum atau
makan yang asalnya dilarang atau diharamkan (babi, anjing), kiranya dengan
perbuatan itu dapat menghindarkan diri daripada kematian.
2.3.2 Memelihara Akal Fikiran
Dalam konteks ini, Islam sangat
mengambil berat tentang pemeliharaan akal fikiran. Pemeliharaan akal fikiran
wajib ke atas manusia kerana membawa kesempurnaan akal, dan ini menunjukkan
kesempurnaan makhluk manusia daripada makhluk-makhluk lain. Oleh itu, Islam
telah menggariskan beberapa panduan agar akal fikiran manusia berfikiran baik
dan terkawal. Dalam Islam, diwajibkan ke atas setiap penganutnya supaya
menuntut ilmu pengetahuan sebanyak mungkin tanpa dibatasi oleh had masa, tempat
atau bangsa. Ini ditegaskan oleh sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad (Diriwayatkan oleh
Muslim). Bersesuaian dengan kewajipan menuntut ilmu, tidak terdapat tempat
dalam Islam kepada orang-orang yang jahil, seperti yang ditegaskan dalam hadis
Rasulullah s.w.t. yang bermaksud: Manusia itu ada dua golongan; orangpandai
danpelajar, tidak ada kebajikan selain daripada kedua-duanya (Diriwayatkan oleh
Muslim). Mengenai pemeliharaan akal fikiran manusia, dilarang penganutnya untuk
minum dan makan makanan yang dilarang atau member! kesan negatif. Ini akan
mempengaruhi kesiuman atau tahap kesedaran seseorang manusia sebagai lambang
manusia untuk bertakwa dan berbakti kepada Allah s.w.t. Maka itu, Islam
melarang umatnya meminum minuman yang memabukkan, dan kemabukan boleh
menghilangkan sifat-sifat kemanusiaan serta melahirkan sifat-sifat
kebinatangan.
Islam menggalakkan pemikiran yang
berbentuk takwa, ketauhidan kepada Allah s.w.t., fikiran yang terbuka dan
lapang serta bersih daripada segala unsur keburukan, kepalsuan, khayalan, keraguan
dan waswas. Fikiran-fikiran negatif ini memungkinkan pelaksanaan tingkah laku
negatif dalam kehidupan manusia yang tidak selaras dengan ajaran Islam.
Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah s.w.t. melalui firman-Nya, yang
bermaksud: Perumpamaan-perumpamaan itu Kami adakan untuk manusia, tetapi tidak
difahaminya, keamli orang-orangyangpandai (Surah Al- 'Ankabuut: Ayat 43).
2.3.3 Memelihara Kehormatan dan
Keturunan
Allah s.w.t., Pencipta Yang Maha
Berkuasa telah mencipta manusia sebaik-baik makhluk-Nya di dunia, dan
kehormatannya telah tetap dengan sifat insan Bani Adam tanpa diambil kira
agama, asal keturunan, bahasa dan keadaannya. Kehormatan bagi setiap manusia
itu menentukan tiap-tiap seseorang mendapat hak yang sama terhadap kehormatan
diri, kedudukan maruah, habuan dan sebagainya.
Maka itu, diturunkan segala
peraturan dan hukum yang menyentuh semua manusia tanpa pengecualiannya. Mereka
sama-sama dihukum dan sama- sama diberi pengajaran. Allah s.w.t. telah
menjelaskan dengan terang fungsi manusia itu dalam firman-Nya yang bermaksud:
Dan sesungguhnya manusia itu tidak akan dapat, melainkan menumt apa yang telah
diusahakannya (Surah An-Najm:
Ayat 39). Rasulullah s.w.t. juga
menerangkan bahawa seluruh umat manusia adalah berasal daripada satu bapa dan
satu ibu. Sabda baginda yang bermaksud: Wahai manusia, sesungguhnya Tuhan kamu
satu (tunggal)dan kamu sekalian berasal daripada Adam dan Adam berasal daripada
tanah (DiriwayatkanolehBukharidan Muslim).
Dengan undang-undang dan
peraturan-peraturan ini, manusia dapat menjalinkan roh kerjasama di antara
seluruh anggota masyarakat. Setiap orang mempunyai kewajipan masing-masing
untuk membina masyarakat dan mempunyai kehormatan sebagai manusia tanpa
pengecualian. Jaminan tegas mempertahankan kehormatan ini jelas terkandung di
dalam pidato terakhir Rasulullah s.a.w. di Padang Arafah. Sabda baginda
bermaksud: Sesungguhnya, nyawa, harta dan kehormatan kamu adalah suci, seperti
kesuciannya hari haji ini (Diriwayatkan oleh Bukhari).
Dalam Islam juga, ditekankan
tentang pemeliharaan keturunan. Untuk itu, terdapat undang-undang dan
peraturan-peraturan dalam urusan nikah perkahwinan dengan lengkap, semata-mata
untuk menjamin keturunan manusia yang sejati dan benar. Segala larangan
terhadap perkara-perkara negatif seperti perzinaan, seks bebas, hubungan di
luar tabii (liwat) dan sebagainya adalah untuk memelihara kehormatan dan
kemuliaan keturunan manusia daripada sifat-sifat kebinatangan.
2.3.4 Memelihara Harta Benda
Dalam konteks ini, Islam telah
menetapkan dan memberikan garis panduan mengenai hak untuk memiliki harta benda
dan kewajipan untuk mempertahankan haknya. Di samping itu, Islam melalui kaedah
ilmufaraid telah menggariskan cara untuk menafkahkan harta tersebut secara
halal mengikul fitrah manusia sendiri.
Dalam usaha memenuhi kehidupan
dari aspek pemilikan harta benda, semua orang dituntut mencan haluan hidup dan
pencanan rezeki kehidupan adalah terbuka kepada semua orang. Kekayaan di dunia
ini tidak ditentukan kepada sesuatu golongan sahaja, malah tiap-tiap orang
hendaklah berusaha menurut tenaga kemampuan dan kebolehan masing-masing. Allah
s.w.t. meluaskan bidang memiliki harta benda seluas-luasnya kepada makhluk-Nya
di dunia tanpa sekatan yang di luar tabii manusia. Firman Allah s.w.t. yang
bermaksud: A llah yang telah memudahkan bagi kamu akan lautan, supaya kamu
holeh berjalanpadanya dengan kapal-kapal dengan izin-Nya, dan supaya kamu holeh
mencan daripada kekayaannya, dan supaya kamu berterima kasih, dan la telah
memudahkan kamu apa-apa yang di langit dan apa-apa yang di humi semuanya (Surah
Al-Jaatsiyah: Ayat 12-13).
Apabila seseorang dikurniakan
kekayaan melalui titik peluhnya, maka kekayaan itu tidak harus dilucutkan
daripadanya dengan paksa atau dirampas.
Islam mengurniakan pahala yang
besar di akhirat kepada pemilik harta untuk mempertahankan hartanya walaupun ke
titisan darah terakhir. Ini jelas danpada sebuah hadis Rsulullah saw yang
bermaksud: Abdullah bin Omar berkata, Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w
bersabda, Siapa yang terbnnuh kerana mempertahankan hartanya, maka ia mati
syahid (Diriwayatkan oleh Bukhari). Manakala, sesiapa yang bertujuan untuk
melucutkan harta tanpa kebenaran seperti pencun, penyamun dan penipu akan
dikenakan seksaan yang berat.
2.3.5 Memelihara Hak dan
Kebebasan
Islam telah menetapkan hak dan
kebebasan seseorang individu sejak ia dilahirkan. Kata-kata Saidina Umar
al-Khattab berbunyi, Bagaimanakah kamu memperhambakan manusia, sedangkan ia
diperanakkan dengan bebas. Hak dan kebebasan manusia tidak boleh dilucutkan dalam
keadaan tertentu, kecuali ketika seperti mempertahankan diri (kemerdekaan) dan
untuk keselamatan ummah. Kekalahan umat Islam bermakna musuh-musuh telah
melucutkan hak kebebasan manusia.
Maksud kebebasan manusia ialah
tiada pengabdian seseorang ke atas seseorang atau sesuatu benda di dunia ini
melainkan kepada Allah s.w.t., Pencipta Yang Maha Berkuasa. Maka itu, syiar
Islam iaitu tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah s.w.t. dan lambang
ketaatan ialah, Kepada-Mulah kami sembah dan kepada Mulah kami memohon
pertolongan (Surah Al-Faatihah) yang diulang- ulang sekurang-kurangnya 17 kali
sehari semalam di dalam solat lima waktu.
Oleh yang demikian, setiap orang
Islam hendaklah bebas daripada segala unsur kezaliman yang merupakan kongkongan
kebendaan dan nafsu yangjahat. Sejahat-jahat pengabdian manusia ialah
perhambaan kepada hawa nafsu yang ganas. Allah s.w.t. dengan tegas mengingatkan
mereka yang berbuat demikian melalui firman-Nya, yang bermaksud: Tidakkah
engkaufikirkan (bagaimana peliknya) orangyang menjadikan hawa nafsunya sebagai
tuhannya (Surah Al-Furqaan: Ayat 43). Teras bagi segala kebebasan ialah
kebebasan fikiran yang tiangnya kemerdekaan beragama. Firman Allah s.w.t. yang
bermaksud: Tiadapaksaan dalam beragama (Surah Al-Baqarah: Ayat 256).
Mengenai kebebasan seseorang
individu dalam tanah airnya, Islam telah menjelaskan kedudukan tersebut sebagai
waris. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan Kami hendak memberi kumia kepada
orang-orangyang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka
pemimpin dan menjadikan mereka orang- orangyang mewarisi (humi) (Surah
Al-Qashash: Ayat 5).
Mengenai kebebasan setiap
penduduk untuk memberi pendapat, pandangan dan kritikan terhadap masyarakat,
pentadbiran dan pemerintahnya, Islam telah membuka ruang ini kepada mereka yang
berkemampuan berbuat demikian. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Mereka yang
sekiranya Kami berikkan kedudukan yang baik di bumi nescaya mereka mendirikan
sembahyang dan mengeluarkan zakatdan menyuruh mamisia herbuat kebaikan dan
melarang mereka daripada melakukan mungkar (Surah Al-Hajj: Ayat 41).
Panduan dan bimbingan ini juga
ditujukan kepada pemerintah agar mereka dapat memenuhi dua aspek penting, iaitu
pertama, melaksanakan kebajikan dan kedua, melarang kemungkaran demi kestabilan
masyarakat dan negara, serta mereka sentiasa mendapat sokongan dari rakyat.
Segala kebebasan ini terikat kepada hak-hak tabii manusia dan maslahat umum.
Maka itu, Islam telah meletakkan kebebasan di bawah kepentingan umum.
2.4 SIFAT.SIFAT TAMADUN ISLAM DAN
CIRI-CIRI UTAMA ISLAM
2.4.1 Sifat-sifat Tamadun Islam
Tamadun Islam, dalam proses
kelahiran dan perkembangannya mengandungi beberapa bahagian atau sifat-sifat
yang dianggap unik berbanding tamadun- tamadun dunia lain. Pertama, sifat
tamadun Islam ialah sejagat. Kesejagatan tamadun Islam bermakna ia tidak
terikat kepada bangsa tertentu atau disandarkan kepada tempat tertentu,
sebaliknya seluruh umat manusia yang berpegang kepada al-Din. Tamadun Islam
dapat dilihat di mana-mana kawasan di seluruh dunia ini tanpa dibatasi sama ada
oleh batasan politik, budaya, bangsa ataupun sempadan geografi moden.
Kedua, sifat tamadun Islam itu
ialah terbuka dan tidak bersifat tertutup. Dalam konteks ini, keterbukaan
bermakna tamadun Islam yang dilahirkan dan dicipta itu tidak dibatasi oleh
had-had tertentu tetapi ia masih diletakkan di atas garis panduan syariat Islam
yang tetap dan berkembang selaras dengan perubahan masa. Tamadun Islam terbuka
kepada semua tamadun yang tidak bercanggah dengan syariat Islam terutamanya
dalam dialog antara tamadun atau interaksi antara tamadun. Ini bermakna,
keterbukaan ini menunjukkan wujudnya sifat toleransi iaitu unsur-unsur tamadun
selain Islam boleh diamalkan dan dikembangkan selagi tidak melanggar garis
panduan syariat. Sebaliknya, Islam membenarkan dan menggalakkan penerusan
sesuatu unsur tamadun yang membawa kebaikan selagi tidak menjejaskan hak orang
lain dalam tamadun tersebut.
Ketiga, tamadun Islam juga
bersifat sepanjang zaman iaitu berkesinambungan dan mengalami proses
kesinambungan sehingga masa kini. Perkembangannya bermula dengan turunnya wahyu
pertama, Surah Al-'Alaq dan tidak pernah berhenti, kerana ia tidak dibatasi oleh
ruang sempadan atau ruang waktu sehingga hari kiamat.
Keempat, sifat tamadun Islam
ialah toleransi terhadap sistem agama atau kepercayaan atau kebudayaan yang
lain. Tamadun Islam pernah berkembang dalam dunia yang tidak dikenali, tetapi
tetap mempertahankan toleransi. Masyarakat bukan Islam yang berada di bawah
pentadbiran dan perkembangan tamadun Islam tidak dilarang untuk mengamalkan
agama dan kepercayaan mereka, sebagai usaha untuk mengekalkan hubungan balk
dalam masyarakat dan kepentingan kestabilan.
Dan kelima, tamadun Islam
mempunyai ciri kesatuan dalam kepelbagaian. Sebarang bentuk kemajuan dan
pencapaian dalam tamadun Islam, dan dalam pelbagai bidang semuanya di bawah
kesatuan akidah Islam yang menjurus ke arah meng-Esakan Tuhan, Allah Pencipta Sekalian
Alam. Penemuan dan hasil ciptaan baru yang dicapai dalam tamadun manusia
semuanya dikembalikan kepada kebesaran dan keagungan Tuhan Pencipta Seluruh
Alam.
2.4.2 Ciri-ciri Utama Islam
Setelah mengetahui sifat-sifat
tamadun Islam secara menyeluruh di dalam topik di atas, maka amat wajar untuk
kita mengetahui pula ciri-ciri utama Islam yang mendasari kehidupan umat Islam
dalam membina sebuah ketamadunan yang suci. Ciri-ciri utama Islam ini juga
disebut oleh Dr. Karim Zaidan dalam bukunya Usul al-Dakwah sebagai ciri-ciri
khusus Islam.
Di antara ciri-ciri utama Islam
ialah menyeluruh (sempurna). Islam meliputi seluruh aspek kehidupan manusia
termasuklah undang-undang (syariah), akidah, akhlak, hubungan dengan Allah
s.w.t. dan hubungan sesama manusia. la juga menekankan dan menyeru keadilan
untuk semua insan, sama ada Islam atau bukan Islam, kawan atau lawan dan sama
ada mempunyai hubungan keluarga atau sebaliknya. Dalam bidang kehakiman,
tamadun Islam telah terbukti dapat mengembalikan hak kepada yang berhak,
sebagaimana dalam sejarah. la juga meliputi sudut kenegaraan yang meliputi
hubungan di peringkat antarabangsa, ilmu pengetahuan dan peribadatan.
Ciri utama yang kedua bagi agama
Islam ialah umum. Tamadun Islam bersesuaian dengan semua orang setiap masa dan
setiap tempat kerana ciri umumnya yang bersifat sejagat dan terbuka. Setiap
manusia di seluruh pelosok dunia dapat menyesuaikan dirinya dengan ciri
tersebut. Dengan ciri yang umum ini juga, terbukalah ruang kepada manusia untuk
membina tamadun yang sejagat. Agama Islam juga mempunyai ciri yang bersifat
tetap dan anjal. Ini bermakna Islam merupakan suatu yang tetap dan tidak
berubah dari segi tujuan dan matlamat pembinaan tamadun manusia, tetapi anjal
dari sudut cara dan teknik pelaksanaannya. Islam memberikan kebebasan kepada
umatnya dari sudut untuk merealisasikan tamadun dengan mengambil kira matlamat
yang harus dicapai, bukan kemajuan kebendaan semata-mata dengan mengetepikan
unsur kerohanian (spiritual). Ciri utama Islam yang berikutnya adalah ideal dan
realistik. Islam sentiasa menekankan dan meletakkan manusia di tingkat
kesempurnaan yang paling tinggi dan dapat dicapai, dengan mengawasi seluruh
kegiatan manusia agar tidak bercanggah dengan ajaran Allah s.w.t. Tunjangnya
lalah kesederhanaan dan kesempurnaan. la realistik dan segi mengambil kira
realiti alam sejagat atas dasar bahawa alam sejagat merupakan suatu hakikat
yang berlaku di dunia nyata yang menunjukkan kewujudan Allah s.w.t
************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212,
04-988-2701
Email:
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com