Sunday, October 18, 2015

BAB : DUA (ISLAM DI ALAM MELAYU)

Proses Pengislaman
Abad ke-7 —13 M kebanyakannya dijalankan oleh orang-orang Arab sendiri.

Abad ke-13 M dan seterusnya yang dijalankan oleh mubaligh-mubaligh India, Arab dan juga orang-orang tempatan.

Aliran pemikiran
Perubahan luaran: antara 1200-1400M bidang Fiqhiah banyak berperanan sedangkan konsep Tauhid masih kabur.

Perubahan jiwa: Pada tahun 1400-1700M di samping meneruskan proses fiqhiah didedahkan ilmu Tasawuf dan Tauhid

Tahun 1700 M dan seterusnya, di samping menyambung tahap-tahap (1) dan (2) di atas, tahap inilah bermulanya proses Westernisation, rasionalisme, individualisme dan sekularisme.

Faktor Kedatangan Islam ke Nusantara
Faktor perdagangan telah membawa orang-orang Arab ke Nusantara, iaitu sejak zaman Jahiliah lagi.

Kegiatan-kegiatan dakwah Islamiah pada peringkat awalnya adalah dilakukan oleh orang-orang Arab sendiri.

Missi-missi dakwah Islamiah ke Nusantara telah bermula sejak zaman Rasulullah lagi, dan semakin diperhebatkan oleh Umar Abdul Aziz. Semuanya ini berlaku sepanjang abad pertama Hijrah lagi.

Teori-Teori Kedatangan Islam
 Beberapa teori telah dikemukakan tentang asal-usul Agama Islam di Nusantara sama ada ianya datang melalui:-
1.      India
2.      China atau
3.      Terus dari Arab atau Parsi.

Teori dari India
Van Ronkel berkata Islam dibawa dari India Selatan alasannya bentuk-bentuk popular Islam seperti ciri-ciri mistik, sastera roman dan sebagainya di Indonesia itu adalah berasal dari India Selatan.

Moquette pula mengemukakan bukti tentang adanya kesamaan batu-batu nisan di Pasai (1428) dan di Gerisek (1419) dengan batu nisan di Gujerat.

G.E. Morrison berpendapat Bengal-lah yang lebih dulu menerima Islam dari Gujerat iaitu setelah ditawan oleh orang-orang Islam sejak awal abad ke-13 M

Gujerat bermazhab Hanafi, sedangkan Nusantara seperti Bengal yang bermazhab Shafie. Sebab itu Bengal lebih menasabah dari Gujerat sebagai tempat kedatangan Islam.

Ada yang mengatakan Islam dibawa dari pantai Malabar (Coromandel), sebab kawasan ini menganut mazhab Shafie.

Dikatakan Fakir Muhammad berasal dari Malabar dan mengislamkan Merah Silu (Malikus-Salleh) di Pasai. Hamka mengatakan Malabar hanya tempat persinggahan Syeikh Ismail yang diutus oleh Sharif Makkah untuk mengislamkan Merah Silu.

Teori dan China/Indochina
Syed Naguib Al-Attas berkata pemberontakan di Canton pada tahun 877M (263H) mengorbankan lebih 120,000 kebanyakannya beragama Islam (Arab dan Parsi) menyelamatkan dirinya dengan berhijrah ke Kalah (Kedah).

S.Q. Fatimilah berkata adanya kerajaan Bani Champa (1000-1471M) merupakan pelarian Syiah Alawiyah dari Damshik. Hujahnya ialah Batu Bersurat di Terengganu tarikh 1303M yang menyamai batu nisan di Champa Selatan.

S.Q Fatimi mengatakan ada persamaan nisan Fatimah binti Maimon 1082M di Leran, Jawa Timur dengan batu-batu nisan di Phan-rang, Champa Selatan 1039M dan 1035M.
Batu Bersurat di Teluk Cik Munah, Pahang yang tarikhnya dikatakan 419H (1028M), iaitu lebih awal dari Batu Bersurat di Terengganu yang bertarikh 702 H (1303 M) itu. Bukti ini dapat juga menunjukkan bahawa kemungkinan Islam masuk melalui Pantai Timur dari China atau Indochina.

Teori dari Arab/Parsi
 Bukti untuk menguatkan teori ini tidaklah sukar dicari, memadai dengan meninjau kegiatan pedagang-pedagang Arab di kawasan Asia Tenggara

Kata Wang Gungwu dan C.A. Majul sejak pedagang-pedagang Arab memonopoli kegiatan-kegiatan perdagangan dari India dan Mesir, mereka mulai menguasai perdagangan 'Nanhai' (Asia Tenggara).

Hujjah Syed Muhammad Al-Naguib Al-Attas
Hasil kesusasteraan keagamaan yang telah merujuk kepada sumber-sumber tulisan lama Islam

Mubaligh-mubaligh lama Islam di daerah ini terdiri dari orang-orang Arab atau Arab/Parsi seperti yang ternyata pada gaya nama dan gelaran mereka masmg-masing.

Kandungan faham keagamaan yang dibawa oleh mereka adalah bersifat Timur Tengah, bukan India seperti

penghuraian akidah,

Ilmu Tasawuf,

bentuk tulisan Jawi,

nama gelaran bagi hari-hari mingguan,

cara melafazkan Al-Quran

Hujjah Hamka
Pengislaman ke negeri-negeri Melayu adalah langsung dari Makkah iaitu dengan terutusnya Syeikh Ismail oleh Sharif Makkah yang singgah di Malabar untuk mengambil 'Fakir Muhammad' (keturunan Abu Bakar Al-Siddiq) menyertainya ke Nusantara utk mengislamkan Merah Silu.

Pengislaman Parameswara dilakukan oleh Sayyid Abdul Aziz yang datang dari Jeddah.

Pengislaman di Acheh dirintis oleh Syeikh Abdullah Arif yang datang dari Tanah Arab bersama muridnya Burhanuddin.

Maulana Malik Ibrahim (salah seorang Wali Songo) yang turut mempelopori penyiaran Islam di Jawa adalah keturunan Ali Zainal Abidin, cucu Sayidina Ali bin Abi Talib.

Susan Gunung Jati atau Sharif Hidayatullah salah seorang Wali Songo yang turut mengembangkan Islam di Jawa juga dikatakan keturunan bangsawan Quraisy.

Pengislaman Raja Kedah seperti tersebut dalam Hikayat Merong Mahawangsa dilakukan oleh Syeikh Abdullah Yamani, seorang ulama Arab.

Pengislaman di Sukadana, Kalimantan dilakukan oleh Syeikh Shamsuddin dari Makkah.

Sampai kini Raja-Raja Brunei menganggap bahawa nenek-moyang mereka adalah bangsa Arab, keturunan Nabi.

Kemasukan Islam ke Mindanao dimulai oleh keturunan-keturunan Sharif dari Makkah, seperti Sharif Kebungsuan yang datang dari Johor

Pengislaman di Pulau Sulu diusahakan oleh Sayyid Abdul Aziz yang mengislamkan Parameswara.

Sezaman dengan tegaknya kerajaan Samudera-Pasai dengan kerajaan Mameluk di Mesir yang menganut mazhab Shafie.

Faktor-Faktor Perkembangan Islam
1.      Isi kandungan ajaran Islam.
2.      Hikmah atau cara penyampaian.
3.      Pendakwah.
4.      Masyarakat.

Isi Kandungan Ajaran Islam
Ajaran Islam yang mudah difahami

Mudah pula diamalkan

Pokok ajaran Islam terletak kepada konsep Tauhid

Tidak berbelit-belit agama-agama lain.

Islam tidak membezakan seseorang individu dengan individu lain.

Islam juga mudah diterima kerana ada persamaan setengah nilai-nilai tempatan seperti mistik Melayu dengan Tasawuf Islam.

Metode atau hikmah dalam penyampaian
Firman Allah s.w.t. Terjemahan: Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk. (Surah al Nahl:125).

Supaya mudah menendekati penduduk-penduduk Nusantara, pendakwah-pendakwah terpaksalah berbicara dalam bahasa yang mudah difahami.

Bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca juga dibuat atas dasar persamaan sifatnya dengan bahasa Arab sendiri.

Melalui bahasa Melayu itu, timbullah ulama-ulama yang giat berdakwah melalui tulisan. Maka terkenallah nama-na- ma seperti Hamzah Al-Fansuri, Nuruddin Al-Raniri, Bukhari, Al-Jauhari, Shamsuddin Al-Sumatrani, Abdul Rauf Singkel dan lain-lain.

Melalui karya-karya merekalah agama Islam dapat tersiar dengan lebih meluas dan pesat. Semuanya dengan menggunakan bahasa Melayu, iaitu bahasa Islam di rantau ini.

Khusus di Tanah Jawa penyiaran Islam tidak dapat dilakukan melalui bahasa Melayu, maka untuk mendekati mereka, terpaksalah para-para mubaligh bertolak-ansur dengan sebahagian cara hidup mereka. Dengan itu lahirlah mubaligh-mubaligh di Jawa yang lebih terkenal dengan gelaran 'Wali Songo'. Antara wali-wali sembilan yang sangat berjaya dalam penyiaran Islam secara pewayangan ini ialah Sunan Giri dan Sunan Bonang.

Penyesuaian bentuk-bentuk wayang tradisi Jawa dengan wayang Islam berlaku baik dalam bentuk mahupun isinya disesuaikan dengan semangat Islam. Misalnya cerita-cerita Pandawa Lima merupakan simbol Rukun Islam yang lima, atau Lima Waktu Solat.

Penaklukan di Nusantara lebih bermotif politik atau ekonomi sedangkan Islam hanya tersebar secara tidak langsung saja.

Penaklukan oleh kerajaan Melaka atau Acheh bukannya untuk menyebarkan Islam tetapi implikasinya Islam lalu tersebar ke negeri-negeri taklukannya.

Pendakwah
Islam adalah agama dakwah

Tugas berdakwah bukannya hak sesuatu pihak

Setiap Muslim wajib berdakwah sekadar kesanggupan

Firman Allah s.w.t Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang Yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang Dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang Yang benar (pengakuan imannya). (Surah al Hujurat:15).

Dituntut agar dibentuk sekumpulan orang yang khusus bertugas untuk berdakwah tanpa mengenepikan peranan pihak-pihak lain.

Terjemahan: Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya. (Surah ali Imran:104).

Terdapat golongan pendakwah 'profesional' dan 'sambilan' yang menimbulkan teori mubaligh (missionary theory) sebagai salah satu faktor perkembangan Islam.

Di antara pendakwah yang profesional itu seperti Syeikh Ismail yang diutus khas oleh Sharif Makkah ke Samudera, Sayyid Abdul Aziz, seorang makhdum dari Jeddah yang mengislamkan Parameswara, Syeikh Abdullah Yamani, seorang ulama Makkah yang mengislamkan Raja Kedah dan sebagainya.

Peranan ahli-ahli Sufi dalam penyebaran Islam di Nusantara yang paling terkenal sekali ialah 'Wali Songo' yang dikatakan sangat berjasa di Jawa itu.

Terdapatlah para pedagang yang juga berperanan sebagai pendakwah.

Hubungan perdagangan yang erat antara Jawa dengan Melaka.

Hubungan inilah yang menimbulkan semacam anggapan bahawa "tanah Jawa diislamkan oleh Melaka".

Perang Salib (1097-1292) pedagang-pedagang Islam semakin ghairah malah berlumba-lumba untuk menyiarkan Islam.

Masyarakat
Pendakwah yang baik ialah yang dapat memahami corak masyarakat.

Kejayaan besar dakwah Islamiah di Nusantara adalah disebabkan para pendakwah yang pintar.

Mereka sedar bahawa masyarakat feudal Melayu sangat dihormati.

Apabila raja-raja mereka sudah memeluk Islam, maka rakyat pun berbondong-bondonglah mengikuti jejak raja.

Faktor perkahwinan diraja juga sangat berkesan dalam menyebarluaskan Islam.

Perkahwinan Parameswara dengan puteri raja Pasai, atau perkahwinan puteri-puteri raja Melaka sendiri dengan raja-raja di tanah jajahannya

Sebagai suatu ikhtiar agar para-para pedagang terus menetap di dalam negerinya, mereka digalakkan berkahwin dengan puteri pembesar-pembesar tempatan.

Walaupun motif ekonomi tetapi implikasinya sangat penting dari segi perkembangan Islam.

Walau bagaimana pun faktor HIDAYAH itulah yang menentukan segala-galanya.

Pengaruh Islam Di Alam Melayu
Zaman Pra Islam

Animinsma, Hindu dan Budha

Kedatangan Islam mempengaruhi dalam:
1.      Akidah
2.      Ibadah
3.      Syariat
4.      Akhlak

ZAMAN HINDU-BUDDHA DI ASIA TENGGARA
Masyarakat tempatan sedikit banyaknya telah dicorakkan oleh pengaruh-pengaruh Hindu.

Golongan bangsawan sajalah yang menganuti agama Hindu dengan bersungguh-sungguh.

Masyarakat umumnya, mereka lebih asyik kepada sifat kesenian daripada sifat falsafah, sejajar dengan bawaan asli mereka sendiri.

Agama Buddha kurang kesannya kecuali bidang kesenian seperti terjelma pada candi Borobodur itu.

Faktor bahasa juga menghalang pengaruh Hindu atau Budha secara meluas.

MUNCULNYA ZAMAN BARU DI ASIA TENGGARA
Timbulnya Zaman Pertengahan di Eropah disebabkan kebangkitan Islam di Asia Barat.

Kehancuran Zaman Pertengahan dan timbulnya Zaman Renaissance sebagai asas Zaman Moden di Eropah

Ini berlaku kerana wujud perhubungan mereka dengan tamadun Islam

Hal yang sama berlaku di Nusantara

Pengaruh Islam di Nusantara telah menyebabkan berlakunya proses Islamisasi.

Kebanjiran istilah-istilah Arab turut merubah world-view orang-orang Melayu

Kedatangan Islam bukan hanya bermakna kedatangan suatu agama dan suatu bahasa, bahkan dari segi sosialnya, terbentuk pula suatu konsep bangsa yang dinamakan bangsa Melayu.

Dari segi politik tertubuhnya kerajaan-kerajaan Melayu-Islam iaitu di Pasai, Acheh, Demak dan sebagainya.

Islam berjaya pula meninggalkan kesan-kesan di dalam sistem perundangan Melayu

Dari segi ekonominya pula, kedatangan Islam ternyata sekali membawa revolusi besar dalam perdagangan

Kedatangan Islam-lah maka kegiatan-kegiatan perdagangan meluas sehingga tidak lagi terbatas di Lautan India, bahkan sampai menjangkau Laut Merah, ke Laut Parsi, ke Laut Meditteranean, dan seterusnya ke pelabuhan-pelabuhan Eropah.

Kedatangan Islam menjadi punca kehidupan masyarakat Kepulauan Melayu telah beralih dari India ke Timur Tengah

Semua perubahan-perubahan yang berlaku ini menyebabkan timbulnya suatu Zaman Baru

Sumbangan Islam Kepada Tamadun Melayu
Sebelum kedatangan Islam penduduk di Nusantara umumnya beragama Hindu.

Islam memperkenalkan sistem zakat, fitrah, sedekah, kafarah, wakaf dan sistem Baitulmal yang merupakan fenomena baru dalam masyarakat Melayu

Kedatangan Islam telah membuka fikiran orang Melayu maka lahirlah rasionalisme dan intelektualisme dalam masyarakat Melayu

Kelahiran unsur rasionalisme menjadi cabaran kepada unsur khurafat, dongeng, khayalan, fantasi, dewa-dewa dan pari-pari.

Kedatangan Islam mendorong ke arah penghayatan ilmu pengetahuan dan daya berfikir menyebabkan lahirnya buku-buku ilmiah.

Agama Islam dengan semangat jihadnya memberi inspirasi untuk menyintai tanahair
Islam berperanan menyatupadukan tenaga politik setempat menentang penjajah dari Barat.

Ciri-ciri kebudayaan Islam di Nusantara
Wujud persaudaraan di dalam sebuah-sebuah kampung.

Masjid merupakan tempat tumpuan terutama pada hari-hari Jumaat

Masjid merupakan balai permesyuaratan

Ciri-ciri kebudayaan Islam di Nusantara

Agama mendapat tempat yang begitu baik

Melahirkan keamanan

Kesejahteraan

Bersatu padu

Kasih sayang

Islam sebagai agama yang menggalakkan perkembangan ilmu

Ciri-ciri kebudayaan Islam di Nusantara
Pusat-pusat pendidikan Islam didirikan

Masjid

Surau

Sekolah agama

Quran

Fekah

Tasawuf

Bahasa Arab dan lain-lain lagi.

Undang-undang Islam Mazhab Shafie

Pengaruh undang-undang Islam

Undang-undang Luaran di Filipina

Hukum Kanun Melaka di Semenanjung Tanah Melayu.

Undang-undang adat terpengaruh dengan undang-undang Islam.

Pengaruh Islam Di Alam Melayu - Kebudayaan

Bidang politik
Sistem Kesultanan Melayu Melaka.
Negeri-negeri yang lain seperti Terengganu dan Pahang.
Undang-undang Melaka
Hukum Kanun Melaka
Undang-undang Pahang 1592
Kerajaan Aceh menjalankan undang-undang Islam
Pengaruh Islam Di Alam Melayu - Kebudayaan

Bidang sosial
Islam telah memperkenalkan konsep sama rata
Wujud unsur demokrasi sebagai ganti sistem kasta Hindu
Islam telah menghapuskan semangat kedaerahan
Islam membentuk perpaduan melalui konsep ummah
Proses perpaduan dicapai melalui perlakuan ibadat
Pengaruh Islam Di Alam Melayu - Kebudayaan

Bidang ilmu
Apabila memeluk agama Islam mereka mempelajari Quran
Tujuan menunaikan fardu sembahyang
Tahap ini digalakkan belajar membaca
Diikuti pula dengan proses pembelajaran
Penulisan bahasa Melayu menggunakan huruf Quran
Buku-buku mengenai agama Islam dikarang

Pengaruh Islam Di Alam Melayu - Kebudayaan

Bidang ilmu
Lahirlah institusi-institusi agama Islam
Madrasah
Surau
Masjid
Pondok
Langgar
Rangkang
Pesantren (Pulau Jawa disamakan dengan universiti Islam)
Pengajian agama Islam serta penulisan yang bercorak keislaman telah menggalakkan perkembangan bahasa Melayu

Pengaruh Islam Di Alam Melayu - Kesusasteraan

Zaman permulaan Islam pendakwah telah menulis
Risalah agama mengenai rukun iman rukun Islam
Ditulis berkenaan cerita-cerita
Hikayat Nur Muhammad
Hikayat Makjizat Nabi
Hikayat Nabi Bercukur
Hikayat Nabi Wafat
Hikayat Nabi Mikaj
Hikayat Nabi Muhammad Dengan Iblis.
Hikayat Puteri Salamah - tugas seorang isteri dalam Islam.
Hikayat Seribu Masalah - dialog Nabi dengan Yahudi
Hikayat Nabi Mengajar Ali
Hikayat Nabi Mengajar Anaknya Fatimah
Hikayat Nabi Dengan Orang Miskin, dan lain-lain.

Cerita-cerita Dalam al-Quran
Hikayat Nabi Sulaiman
Hikayat Nabi Musa
Hikayat Nabi Yusuf
Hikayat Nabi Zakaria
Hikayat Lumkan al- Hakim
Hikayat Nabi Allah Ayub
Hikayat Nabi Musa Munajat dan lain-lain.

Cerita-cerita sahabat Nabi dan tokoh Islam
Hikayat Abu Bakar
Hikayat Amir al-Mu'minin Umar
Hikayat Abu Syahmah
Hikayat Abu Bakar dan Rahib Yahudi
Hikayat Raja Khandak
Hikayat Hassan dan Hussain
Hikayat Tamin al-Dari dan lain-lain.

Cerita-cerita pahlawan Islam
Hikayat Amir Hamzah
Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
Hikayat Semaun
Hikayat Bayan Budiman
Hikayat Kalilah Dan Daminah
Hikayat Bakhtiar, dan lain-lain.

Cerita-cerita tentang ahli-ahli sufi
Hikayat Sultan Ibrahim
Hikayat Abu Yazid Bistami
Hikayat Syeikh Abdul Kadir Jailani
Hikayat Rabe'ah

Cerita-cerita rekaan
Hikayat Raja Damsyik
Hikayat Jauhar Manikam
Hikayat Hassan Damsyik
Hikayat Sultan Bustaman
Hikayat Gul Bakawali
Hikayat Umar Umaiyah

Hamzah Fansuri
Penulis tasawuf
Syair Dagang
Syair Burung Pungguk
Syair Perahu
Syair Burung Pinggai
Syair Sidang Fakir

Pujangga
Syekh Abdul Rauf Singkel
Bercorak tasawuf
Syair Makrifat
Abdul Rauf
Syair Takrif al-Huruf (tasawuf)
Tanpa pengarang
Syair Makrifat dan Alam Tasawuf
Syair Mistik dan Tauhid
Syair Unggas Bersoal Ilmu Akhirat
Syair Kiamat
Syair Cerita Dalam Kubur.

Pengaruh Islam Di Alam Melayu - Perlembagaan

Agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan Tanah Melayu

Dalam perlembagaan Malaysia Bab (3)
Ceraian (1), iaitu agama Islam menjadi agama Persekutuan Tanah Melayu.

Ceraian (2) pula menyatakan bahawa di tiap-tiap negeri, melainkan Melaka dan Pulau Pinang, kedudukan Sultan sebagai Ketua Agama

Pulau Pinang dan Melaka Bab (3) itu menyebutkan: "Perlembagaan-perlembagaan negeri Melaka dan Pulau Pinang akan mengandungi syarat-syarat untuk menganugerahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam di negeri-negeri itu

Dalam bidang perundangan mengenai hal-ehwal agama Islam kerajaan negeri mempunyai kuasa penuh.

Kerajaan Pusat tidak boleh membuat sesuatu undang-undang berhubung dengan agama Islam, tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan dengan kerajaan negeri yang bersangkutan.

Menurut perlembagaan itu, bahawa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua agama di negeri baginda sendiri dan juga di negeri-negeri Melaka dan Pulau Pinang

Di tiap-tiap buah negeri Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk sebuah pejabat agama untuk mengendalikan pentadbiran hal-ehwal agama Islam.

Majlis ini diketuai oleh seorang Yang di-Pertuan.

Kadi-kadi dan Kadi Besar yang bertanggungjawab bagi membicarakan soal:

Perceraian

Khalwat

tidak berpuasa di bulan Ramadan

enggan menunaikan sembahyang Jumaat

bersekedudukan

Majlis agama juga bertanggungjawab mengeluarkan tauliah kepada guru-guru agama Islam di dalam tiap-tiap negeri itu.

Mufti berperanan mengeluarkan fatwa berkaitan kepentingan agama

Majlis Agama bertanggungjawab mengenai harta wakaf dan Baitulmal dan mentadbirkannya untuk kebajikan orang Islam.

Pengaruh Islam Di Alam Melayu - Perlembagaan

Perlembagaan Malaysia Bab (12) Ceraian (2) menyatakan: "Undang-undang Persekutuan membolehkan diberi bantuan kewangan khas untuk mengadakan atau menanggung tempat-tempat pengajian Islam, atau mengadakan pengajaran agama Islam kepada orang-orang Islam.

Undang-undang Pelajaran 1956 Bahagian 49 antaranya menyebutkan. "Manakala ada 15 orang murid atau lebih beragama Islam di sebuah sekolah yang menerima bantuan, maka guru agama hendaknya diadakan."

Jabatan Perdana Menteri mempunyai peruntukan khas untuk mengendalikan hal ehwal agama Islam, misalnya pentadbiran Masjid Negara terletak di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri.

Bantuan kewangan juga diberi kepada pertubuhan-pertubuhan Kebajikan Islam untuk usaha-usaha penyiaran Islam di kalangan penduduk Tanah Melayu dan lain-lain lagi.

Jabatan Perdana Menteri menjalankan aktiviti dakwah melalui Institiut Dakwah Islam dan kegiatan penyelidikan melalui Pusat Penyelidikan Islam Jabatan Perdana Menteri

Tamadun Melayu sebagai asas pembinaan Tamadun Malaysia
Malaysia sekarang adalah lanjutan daripada politik-politik Melayu seperti Melaka, Johor, Perak, Pahang, Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Ia ada kesinambungan dengan pelbagai kerajaan Melayu yang pernah wujud seperti Srivijaya, Temasik (Singapura), Langkasuka, Melaka dan Johor-Riau-Lingga

Kesemua politik ini dikenali sebagai Alam Melayu atau Nusantara.

Paksi utama yang menyumbang kepada pembinaan dan pemantapan Tamadun Malaysia ialah Tamadun Melayu

Pengaruh Islam menjadikan negeri-negeri Melayu memiliki kanun perundang yang berasaskan adat Melayu dan perundangan Islam.

Undang-undang Melayu:-

Melaka memiliki Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka

Johor dengan Undang-undang Johor dan Undang-undang Tubuh Negeri Johor (1895)

Pahang dengan Undang-undang Pahang

Kedah dengan Undang-undang Kedah

Terengganu dengan Itqan Al-Mulk (Perlembagaan Negeri Terengganu 1911)

Perak dengan Undang-undang II dan Undang-undang Keturunan Daripada Turun Negeri Perak

Negeri Sembilan pula dengan Hukum Adat atau Undang-undang Adat

Tamadun Melayu sebagai asas pembinaan Tamadun Malaysia

Tamadun Melayu telah dimantapkan oleh Islam

Islam terus menjadi faktor definitif Melayu, iaitu Melayu mengamal adat Melayu, berbahasa Melayu dan beragama Islam.

Perkembangan Islam di Alam Melayu menggunakan bahasa Melayu.

Bahasa Melayu menjadi bahasa utama dalam
1.      Tulisan
2.      Kitab-kitab agama
3.      Kesusasteraan Melayu
4.      Komunikasi

Akta Pendidikan 1961, telah menetapkan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara, dari sekolah rendah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia juga menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan agama Islam.



************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com


No comments:

Post a Comment