Sunday, October 18, 2015

BAB : LIMA (DUNIA ISLAM DAN CABARAN SEMASA)

Isu Keganasan

Misi Rasulullah s.a.w. ialah mewujudkan keamanan dalam kehidupan.

Tujuan asas agar manusia kembali pada mentauhidkan Allah.

Ajaran Islam sering menawarkan keindahan akhlak

Bom di Bali memperlihatkan pembunuhan kejam untuk mendapai cita-cita golongan tertentu.

Lebih tidak adil apabila setiap keganasan yang herlaku itu dikaitkan dengan perbuatan orang Islam.

Rasulullah s.a.w menegaskan seorang yang beriman adalah orang yang menjaga orang lain dari gangguan tangannya.

Al-Quran menyebut Islam adalah jalan jalan keselamatan (al-Maaidah: 16).  Allah sama sekali tidak menyukai kerosakan di muka bumi (al-Baqarah : 205).

Islam menggalakkan toleransi dan terbuka dalam menghadapi perbezaan pendapat.

Orang yang tidak memiliki rasa toleransi maka ia bukan manusia sebenar.

Ramai yang mengaku prinsip toleransi sebagai sesuatu yang abadi.

Apabila keadaan mendesak perasaan marah dan dendam dibiarkan.

Kesatuan dapat dicapai dengan belajar untuk bersatu.

Namun begitu tidak boleh menafi adanya perbezaan.
Oleh itu toleransi adalah jalan terbaik.

Terjemahan: Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut ugama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan. (Surah hud: 118)


Allah sendiri telah memberikan kemerdekaan dan kebebasan memenuhi kehendak kepada manusia untuk memilih jalan hidupnya.

Allah tidak memaksa manusia sebaliknya berserah apakah dia akan beragama Islam atau tidak.

Umat Islam lebih banyak dipengaruhi oleh orang luar daripada Islam.

Kegiatan sosial diadakan tapi hanya sebagai alat untuk merosakkan iman.

Untuk menghindarkan umat Islam daripada pengaruh perlus kepada pemahaman agama secara luas dan benar.

Iaitu agama yang membimbing manusia ke arah kebenaran umat manusia baik umat yang seagama mahupun bukan seagama.

Perang Dunia Kedua menjadikan negara-negara Islam terpaksa menanggung beban.

Umat Islam seluruh dunia dinafikan hak mereka.

Pencabulan dan penafian hak, secara langsung amat ketara seperti yang berlaku di Palestin, Bosnia, Chechnya, Kosovo, Afghanistan dan Iraq.

Isu Barat
Hampir semua negara Islam yang dikatakan merdeka pada hari ini sebenarnya tidak merdeka.

Kemerdekaan bersyaratkan kepada sejauh mana mereka tidak mengancam Barat.

Kebebasan bersyarat yang mengorbankan diri umat Islam.

Jika Barat setuju maka akan lebih senanglah mereka merdeka dan menguruskan negara mereka sendiri.

Negara Islam yang walaupun merdeka, tekanan diberikan dalam pelbagai bentuk.

Pelbagai cara dilakukan oleh Barat seperti menggunakan sistem politik dan ekonomi yang mereka ciptakan untuk negara Islam.

Di Iraq baru-baru ini sistem itu diketepikan kerana adanya agenda buruk yang tersirat.

Di Turki umat Islam menerima sekularisme demi merdeka tetapi berterusan diikat oleh Barat.

Kini Turki amat berhati-hati demi mengelak berdepan dengan ancaman Barat secara terbuka.

Kita di Malaysia juga tidak terkecuali daripada ancaman berterusan Barat ini.

Namun kita harus bersyukur kepada Allah s.w.t.

Kebijaksanaan dan pemikiran strategik pemimpin-pemimpin kita sejak merdeka telah membolehkan membangunkan negara.

Lebih penting hendaklah berwaspada Malaysia dijajah secara tidak langsung.

Alhamdullilah Malaysia lebih merdeka daripada banyak negara Islam lain yang merdeka.

Kemerdekaan yang terhad ini haruslah dipelihara dengan mengekalkan kestabilan politik dan ekonomi yang sedia ada.

Isu Perpaduan Dunia Islam
Negara-negara Islam kaya dengan sumber minyak dan gas.

Kekayaan ini tidak menggambarkan kekuatan negara-negara Islaml

Secara umum mereka berada dalam keadaan yang lemah.

Faktor yang menyebabkan kelemahan ini disebabkan cengkaman Barat.

Di samping itu kesatuan dan perpaduan umat Islam yang lemah.

Kepimpinan yang tidak sehaluan

Masing-masing mempunyai kepentingan sendiri.

Islam membentuk cara hidup manusia berasaskan hukum dan keadilan sejagat.

Menjelaskan tentang hubungan manusia dengan Pencipta dan hubungan manusia sesama manusia.

Dalam konteks ini Islam meletakkan hak dan tanggungjawab seseorang.

Dalam Islam tidak ada “kebebasan mutlak”.

Setiap orang itu boleh menggunakan haknya dengan batasan, jika tidak nescaya dia akan mengganggu atau menceroboh hak dan kebebasan orang lain.

Islam menerima konsep 'perjanjian dan perdamaian' dengan negara jiran dan pihak bukan Islam.

Perjanjian Hudaibiyah membuktikan ada hubungan luar Rasulullah s.a.w. dengan negara-negara jiran.

Islam membenarkan orang bukan Islam mempunyai hak memasuki negara Islam.

Islam memberi jaminan keselamatan ketika mereka berada dalam negara Islam.

Mereka diberi kebebasan untuk tinggal dan mengamalkan agama mereka.

Islam tidak membenarkan peperangan kecuali dengan perintah ketua negara.

Jika berlaku peperangan ada peraturan yang mesti dipatuhi seperti larangan membunuh orang awam, orang tidak upaya, orang tua, kanak- kanak dan perempuan.

Orang yang terkorban hendaklah dihormati.

Tidak dibenarkan memusnahkan rumah kediaman, makanan dan pokok buah-buahan.

Rumah ibadat tidak boleh diceroboh.

Ketika Nabi memasuki Kota Mekah jaminan keselamatan telah diberikan.

Jika pihak musuh mahu kepada perdamaian, Nabi menyuruh supaya menyahut secara positif.

Negara tidak boleh hidup dan maju tanpa mempunyai hubungan dengan negara lain.

Prinsip hidup bersama secara aman adalah suatu matlamat hidup bermasyarakat.

Kita tidak boleh melakukan sesuka hati terhadap orang lain dengan mengambil undang-undang di tangan sendiri.

Sikap prejudis Barat terhadap Islam sangat jelas.

Sikap demikian berlaku disebabkan tidak memahami Islam dan kesan Perang Salib.

Undang-undang secara bersendiri tidak mampu untuk menyelesaikan masalah tingkah laku manusia.

Undang-undang ialah sesuatu pencegahan yang bersifat luaran

Akhlak mempunyai nilai yang tersendiri dalam pembentukan sahsiah berpandu kepada ilmu dan kefahaman ajaran agama Islam yang betul.

Jihad
Jihad yang difahami oleh sebahagian orang Islam iaitu al-Harb al-Muqaddasah (perang suci).

Buku al-Jihadfi al-Islam menyatakan, bahawa jihad fisabilillah bertujuan membawa kebaikan, keadilan dan kebenaran.

Apakah jihad itu terbatas kepada pertumpahan darah?

Adakah dakwah yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w itu penuh dengan kekerasan?

Cara-cara demikian bertentangan dengan sirah Rasulullah s.a.w.

Sebenarnya Islam tidak datang dalam bentuk keganasan (terrorisme).

Islam itu adalah damai, adil, toleransi dan perikemanusiaan.

Terdapat media lebih suka menghubungkan Islam dengan keganasan.

Sebenarnya keganasan juga berlaku di kalangan bukan Islam dan di kalangan negara bukan Islam.

Jihad mempunyai erti yang luas tidak terbatas kepada jihad dengan nyawa atau peperangan dan harta sahaja.

Jihad termasuk jihad ke atas diri dengan  memerangi hawa nafsu dan  menuntut ilmu.    

Jihad dalam masyarakat memerangi kejahilan, menghapuskan kemiskinan, membanteras gejala sosial, membangunkan ummah, mengajak kepada perpaduan, meninggikan maruah dan syiar Islam.

Dunia semasa menghubungkan keganasan dengan Islam dan penganut Islam.

Barat cuba tidak menunjukkan anti-Islam tetapi prejudis terhadap Islam.

Anggapan Barat bahawa Islam mendatangkan 'ancaman' kepada mereka.

Menjadi tugas setiap orang Islam dan kerajaan Islam memberikan imej yang sebenar tentang Islam

Cabaran Globalisasi Dalam Ekonomi, Sosial Dan Politik Dunia Islam
Politik

Konsep globalisasi adalah diterima pakai oleh masyarakat Malaysia

Malaysia telah mengamalkan dasar berbaik-baik dengan Negara-negara Berkecuali.

Malaysia ada hubungan khas dengan Negara-negara Anggota Komanwel.

Malaysia telah menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Malaysia telah mengadakan hubungan khas dengan Pertubuhan Negara-negara Islam.

Ekonomi
Malaysia telah mengukuhkan kedudukan ekonomi dalam negaranya

Menangkis serangan penyangak mata wang dan kegawatan ekonomi.

Malaysia telah mengadakan perdagangan antarabangsa

Simpanan luar Malaysia yang melebihi 30 billion dolar Amerika.

Pengeluaran, eksport kereta, perindustrian dan hubungan dengan negara luar.

Sosial
Malaysia juga telah berjaya mengekalkan keamanan, toleransi antara kaum, kebebasan beragama, pendidikan, kesihatan dan perpaduan.

Malaysia amat prihatin dengan nasib negara-negara membangun

Malaysia juga memberikan sumbangan bantuan kemanusiaan kepada banyak negara seperti Indonesia, Kampuchea, Somalia, Iraq, Bosnia, Chechnya dan sebagainya.

Malaysia juga mengadakan hubungan dengan negara kapitalis dan komunis serta mengamalkan dasar Pandang ke Timur (Jepun, Korea dan Taiwan).

Masa Depan Dunia Islam
Kebangkitan Islam boleh dilihat di merata tempat di dunia hari ini.

Kebangkitan Islam ialah Ungkapan yang menggambarkan usaha-usaha  menegakkan semula nilai-nilai Islam,  mempraktikkan amalan-amalan Islam, membangunkan kembali institusi-institusi Islam, menegakkan undang-undang Islam mengamalkan Islam secara keseluruhan

Ia adalah percubaan untuk melahirkan kembali akhlak Islam dan peraturan sosial Islam yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

Kebangkitan Islam ialah merujuk kepada peningkatan mengamalkan syiar Islam di dalam politik, sosial, dan kehidupan.

Kebangkitan Islam boleh dirumuskan sebagai tumbuhnya kesedaran Islam untuk menghayati ajaran Islam dalam semua aspek kehidupan.

Dalam Kebangkitan Islam terdapat dua istilah iaitu Tajdid dan Islah.

Tajdid bererti perubahan pemikiran umat ke arah memahami dan menghayati Islam.

Mujadid yang dimaksudkan ialah pelopor kepada Kebangkitan Islam.

Mujadid abad pertama ialah UmarAbdul Aziz.

Mujadid abad kedua ialah Iman Syafie.

Mujadid abad ketiga ialah Imam Asyari.

Mujadid abad keempat ialah Imam al-Baqilani.

Mujadid abad kelima ialah Iman al-Ghazali.

Islah bererti memperbaiki sesuatu yang sudah rosak.

Maksud Islah boleh dicapai melalui dua proses:

Mempertingkatkan lagi penerimaan dan pelaksanaan ajaran Islam.

Membanteras penyelewengan dan melindungi kesucian agama Islam.

Sejarah Kebangkitan Islam
Tahap pertama
1.    Zaman Rasulullah
2.    Khulafa al-Rasyidin.
3.    Umayyah
4.    Abasiah.

Tahap kedua
1.    Zaman membebaskan daripada belenggu:
2.    Penjajahan
3.    Khurafat
4.    Tahyul 
5.    Bidaah

Sejarah Kebangkitan Islam
Di Arab
Gerakan al-Muwahhidun yang dipelopori oleh al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab (1703-1791). 

Gerakan ini berusaha menumpaskan penyelewengan dalam ajaran tasawuf dan tarekat yang banyak mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat, dan bidaah.

Di antara amalan yang membawa kepada syirik seperti memuja kubur para wali dan keramat.

Amalan khurafat yang meluas pada masa itu ialah mempercayai ramalan tukang tenung dan sebagainya.

Amalan bidaah pula seperti mengadakan perayaan Maulud Nabi, menambah kalimah tertentu dalam azan atau solat dan sebagainya.

Perjuangan Muwahhidun untuk menghidupkan semula ajaran Islam dalam bentuk yang mumi.

Di Libya
Gerakan as-Sanusiyyah di bawah pimpinan al-Sayyid Muhamad Al al-Sanusi

Menyeru masyarakat kepada cara hidup Islam yang sebenarnya.

Gerakan ini berpengaruh di daerah pantai Utara Afrika di Magribi dan Sudan.

Di Mesir
Jamaludin al-Afghani (1839 - 1897).

Beliau juga berjuang menghadapi penjajah Barat di Afghanistan.

Bagi Jamaludin al-Afghani, penjajahan Inggeris merupakan malapetaka besar bagi dunia Islam.

Beliau mengajak umat Islam untuk bersatu menghadapi malapetaka ini.

Refomasinya telah diteruskan oleh Muhamad Abduh (1849 - 1905) dan Muhamad Rashid Rida (1865-1935).

Di India
Syah Waliyullah al-Dahlawi (lahir 1703).

Beliau merupakan tokoh Mujadid dan pemikir Islam yang begitu berpengaruh.

Fikrah dan sumbangan beliau bersifat sejagat dan boleh dimanfaatkan oleh genarasi kemudian.

Tahap ketiga
Kebangkitan Islam untuk membebaskan diri dari ideologi-ideologi bukan Islam

Di antara gerakan-gerakan Islam yang muncul di zaman ini ialah
1.    Gerakan Ikhwan al-Muslimin (Mesir)
2.    Jamiat al-Islam (Pakistan)
3.    Gerakan al-Nur (Turki)
4.    Gerakan Hamas (Palestin)
5.    Gerakan Hizbullah (Selatan Lubnan)
6.    Gerakan Islam di Iraq, Jordan, Syria, Sudan, dan lain-lain lagi.
7.    Gerakan Ikhwan al-Muslimin
8.    Gerakan ini ditubuhkan pada sekitar tahun 1928 masehi oleh Hassan al-Banna.
9.    Gerakan ini berkembang pesat di antara 1930-40an.
10.Setelah memasuki arena politik Ikhwan dapat memainkan peranan yang penting dalam politik Mesir
11.Gerakan Ikhwan al-Muslimin bermula di Mesir dan tersebar ke negara-negara Arab yang lain seperti Syria, Iraq, Jordan, Sudan, Algeria, Pakistan, bahkan ke seluruh dunia.

Gerakan Ikhwan al-Muslimin
Menurut Dr. Mustafa Assiba'i Gerakan Ikhwan al-Muslimin mempunyai lima tujuan utama iatu:
1.    Memperbaiki individu
2.    Memperbaiki keluarga
3.    Memelihara umat
4.    Menentang penjajah
5.    Perpaduan Arab dan umat Islam.

Tokoh-tokoh yang terkenal dalam gerakan ini ialah:
1.    as-Syahid Hassan al-Banna.
2.    Sayyid Qutb.
3.    Abdul Qadir Audah.

Gerakan Ikhwan al-Muslim
Sumbangan terhadap kebangkitan Islam
1.    Ikhwan al-Muslimin merupakan gerakan yang paling menonjol di abad ke-20.
2.    Ia memberi inspirasi kepada gerakan-gerakan Islam yang lain.
3.    Ia dalah satu-satunya gerakan dakwah yang fleksibel dan menyeluruh.
4.    Perjuangannya dapat memenuhi keperluan manusia dan ummah.
5.    Peristiwa pembunuhan dan penyiksaan terhadap anggota Ikhwan al-Muslimin yang dilakukan oleh pemerintah Mesir sedikit sebanyak menimbulkan simpati masyarakat dunia.

Gerakan Ikhwan al-Muslim
1.    Peristiwa tersebut juga turut memberi semangat kepada pejuang-pejuang Islam yang lain bahawa medan perjuangan penuh dengan tribulasi.
2.    Ramai pelajar yang kembali dari Timur Tengah mendapat didikan (tarbiyah) daripada anggota Dewan al-Muslimin.
3.    Sekembalinya ke tanah air mereka berdakwah mengikut metod Ikhwan.
4.    Sehingga hari ini di mana-mana sahaja apabila memperkatakan tentang dakwah dan gerakan Islam disebut nama Iman Hassan al-Bana dan Ikhwan al-Muslimin.

Jemaah Islami di Pakistan
1.    Ditubuhkan pada tahun 1941 di bawah pimpinan Abu al-'Ala Maududi iaitu enam tahun sebelum wujudnya negara Pakistan.
2.    Sebaik sahaja ditubuhkan negara Pakistan, Jemaah al-Islami menuntut digubalkan perlembagaan negara berasaskan al-Qur'an dan Hadis.
3.    Gerakan ini menghadapi tentangan dari aliran pemikiran yang diwujudkan oleh penjajah seperti Qadiani dan golongan yang kagum dengan tamadun Barat.

Jemaah Islami di Pakistan
Terdapat tiga dasar perjuangan Jamaah al-Islami:
1.    Menyembah Allah dan jangan syirikkan Allah.
2.    Redha dengan Islam sebagai ad-Din
3.    Pemerintah agar melaksanakan Islam dalam pemerintahannya.

Faktor-Faktor Kebangkitan Islam
Kebangkitan Islam di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
1.    Tekanan Barat ke atas dunia Islam dalam politik, ketenteraan, dan ekonomi.
2.    Kegagalan pemimpin sekular membawa perubahan dalam masyarakat Islam.
3.    Wujudnya kemampuan pihak Islam menentang pihak Barat. >>>
4.    Fenomena menyayat hati yang berlaku kepada umat Islam kini seperti di Bosnia Herzegovina.
5.    Peranan gerakan Islam dan pertubuhan dakwah antarabangsa.

Kesan-Kesan Kebangkitan Islam
Kesan-kesan kebangkitan Islam hari ini:
1.    Pertambahan umat Islam.
2.    Bertambah kesedaran untuk melaksanakan syariat Islam dalam semua aspek kehidupan.
3.    Kesangupan umat Islam mengorbankan harta, masa bahkan jiwa demi berjihad ke jalan Allah
4.    Tentangan dalam berbagai bentuk yang ditunjukkan oleh musuh-musuh Islam terutamanya pihak Barat 

Reaksi Barat Terhadap Kebangkitan Islam
Barat melihat kebangkitan Islam pada hari ini sebagai satu ancaman kepada mereka. Berbagai bentuk perancangan untuk membantut kebangkitan Islam diadakan.
1.    Melalui penulisan akedemik
2.    Melalui penggubalan Dasar Luar Amerika
3.    Melalui penayangan filem

Bentuk-bentuk Reaksi Negatif Barat
1.    Melabelkan negara yang enggan tunduk kepada Barat sebagai terrorist.
2.    Menyalahgunakan kuasa dan mengenepikan peraturan antarabangsa.
3.    Menyokong pemerintah yang berjiwa sekular memerintah negara Islam.
4.    Mengenakan sekatan Ekonomi dan sekatan senjata
5.    Memonopoli sumber kekayaan negara Islam.
6.    Mengamalkan diskriminasi perkauman terhadap minoriti Islam di dalam negeri dan peringkat antarabangsa.
7.    Media Barat sentiasa mencari peluang mengeksploitasi berita-berita yang boleh menghina Islam.

Sikap Islam dalam Menangkis Reaksi Nagetif Barat
Mengakui hakikat permusuhan mereka terhadap Islam. (Surah al Baqarah:120)
1.    Memperbaiki imej Islam
2.    Mengurangkan kebergantungan umat Islam kepada Barat.
3.    Membangunkan negara mengikut kaedah Islam

Kebangkitan Islam Di Malaysia
Sejarah Kebangkitan Islam di Malaysia ianya boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat:

Peringkat pertama
Sejarah awal kedatangan Islam ke alam Melayu.
Aspek kepercayaan dan pemikiran
Aspek sosio-budaya
Aspek politik dan pemerintahan
Aspek ekonomi
Kebangkitan Islam Di Malaysia

Peringkat kedua
Semasa penjajahan Barat

Kebangkitan Islam diperingkat pertama mula malap dengan kedatangan penjajah British pada abad ke-18.

Banyak perubahan yang telah dibawa oleh Inggeris termasuklah proses sekularisasi yang berjaya membawa masyarakat melayu semakin lupa pada agama.

Dalam masa yang sama ajaran-ajaran Islam banyak bercampur aduk dengan berbagai-bagai unsur syirik, khurafat dan bidaah.

Situasi di atas telah mendorong tokoh-tokoh Islam pada masa itu untuk mewujudkan gerakan refomasi di Tanah Melayu.

Pada peringat awal gerakan ini dipimpin oleh mereka yang kembali dari Timur Tengah, yang banyak dipengaruhi suasana kebangkitan Islam di sana.

Diantaranya ialah Syed Sheikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaludin, Tok Kenali, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan lain-lain lagi.

Usaha-usaha dilakukan untuk menerapkan kembali perjuangan Islam melalui dua bidang iaitu melalui pendidikan dan penulisan.

Bidang pendidikan ialah dengan menubuhkan sekolah-sekolah agama (madrasah) dan institusi pondok, seperti Madrasah al- Mashur (1919) di pulau Pinang, Madrasah Idrisiah di Kuala Kangsar, Madrasah Muhammadiah (1917) di Kelantan dan lain- lain lagi. Manakala institusi pondok banyak didirikan di Pantai Timur dan utara Tanah Melayu.

Bidang penulisan - melalui kitab, akhbar dan majalah. Diantaranya majalah al-Iman (1906) diikuti majalah Neraca (1911) diterbitkan oleh Syeikh Muhammad Tahir Jalaludin bersama rakan-rakannya Syed Sheikh al-Hadi, Haji Agus Mohamad Taha dan Salim al-Kalali. Majalah al-Ikhwan (1926) dan majalah Saudara (1928). Majalah Pengasuh (1918-1938) diterbitkan oleh Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Majalah-majalah ini amat berpengaruh dalam mengubah sikap dan pemikiran masyarakat Melayu pada masa itu.


Kesan perjuangan tokoh-tokoh dan gerakan yang ada pada masa itu telah berjaya: Menegakkan ajaran Tauhid yang mumi dan membanteras penyelewengan dan kesesatan. Memupuk perjuangan menentang penjajah (anti Malayan Union). Kesedaran untuk mengubah sikap dan pemikiran masyarakat dalam aspek politik dan ekonomi.

Peringkat ketiga
Di era kemerdekaan Tanah Melayu

Gerakan refomasi berteraskan agama mula malap di akhir tahun 1920-an dengan munculnya golongan Nasionalisma Melayu yang mendapat pendidikan Inggeris.

Golongan ini banyak menerajui kepimpinan negara sebelum dan selepas merdeka.

Perjuangan tokoh-tokoh sebelum ini disambung oleh tokoh-tokoh seperti Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestaman, Ishak Haji Mohammad, Senu Abdul Rahman, Dato' Onn, dan Tungku Abdul Rahman.

Perjuangan mereka lebih kepada mengubah masyarakat Melayu agar mereka memiliki harga diri di Tanah Air sendiri.

Dalam masa yang sama Gerakan Islam yang turut berjuang menentang penjajahan British ialah Hizbul al-Muslimin.

Gerakan yang berlandaskan perjuangan politik ini ditubuhkan pada tahun 1948, diketuai oleh Tuan haji Abu Bakar al-Baqir. Kemunculan Hizbul al-Muslimin membimbangkan British dan pada awal tahun 1950 pertubuhan ini telah diharamkan.

Pada tahun 1951 Parti Islam Se Malaysia pula ditubuhkan untuk meneruskan perjuangan tersebut.

Kegagalan membangunkan negara berteraskan agama Islam dan banyak masalah-masalah sosial menyebabkan bangkitnya satu suasana untuk kembali kepada Islam.

Kesedaran ini muncul di kalangan para pelajar institut pngajian tinggi dan para belia.

Peringat keempat
Tahun 1970-an sehingga kini

Peringkat ini dianggap era kebangkitan Islam di Malaysia yang telah banyak memberi kesan kepada senario politik, sosial, dan ekonomi negara.

Semenjak tahun 1970-an sehingga tahun 1990-an berbagai gerakan Islam telah ditubuhkan yang turut menyumbang kepada kebangkitan Islam di Malaysia.

Salah satu masalah yang menonjol hari ini ialah wujudnya ajaran sesat dan tarekat yang menyeleweng

Ajaran sesat ini tersebar di merata tempat di negara kita dengan berbagai nama dan mempunyai ajarannya tersendiri.

Mereka bergerak di bawah label tasawuf, menyebabkan orang awam mudah terpengaruh dengan ajaran mereka.

Ajaran-ajaran sesat ini memberi cabaran kepada kebangkitan Islam kerana menggugat akidah ibadah

Reaksi negatif masyarakat Non-Muslim - walaupun proses Islamisasi telah berjalan begitu lama di negara kita, namun sikap prejudis dan salah tanggapan mereka terhadap Islam masih tebal.

Bagi mereka, Islam adalah milik orang-orang Melayu sahaja.

Segala kelemahan dan keburukan orang Melayu memberi gambaran negatif kepada Islam itu sendiri.

Cabaran dalam Kebangkitan Islam di Malaysia
1.    Perpecahan di kalangan umat Islam
2.    Kemasukan budaya liar dan gejala-gejala negatif dari luar.
3.    Pengaruh idelogi Barat
4.    Perkembangan teknologi telekomunikasi

Langkah-langkah dan Strategi
1.    Mempertingkatkan komitmen ummah terhadap ajaran Islam
2.    Penguasaan ilmu pengatahuan dan teknologi
3.    Membentuk perpaduan ummah
4.    Perpecahan akan memudahkan pihak musuh menghancurkan Islam.
5.    Peranan semua pihak
6.    Ulamak sebagai pewaris nabi mesti berperanan
7.    Gerakan-gerakan Islam hendaklah bekerjasama
8.  Setiap individu muslim perlu memberi sokongan kepada pemerintah ulama dan gerakan Islam



************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com





No comments:

Post a Comment