Sunday, October 18, 2015

BAB : TIGA (SUMBANGAN TAMADUN ISLAM)

Perkembangan Tamadun Islam

Arab Jahiliah
Penduduk Arab sebelum Islam menganut pelbagai agama
Kristian
Yahudi
Hanif
Berhala
Api
Matahari .

Jahiliah dari segi etimologinya bererti bodoh.

Jahiliah secara terminologinya ialah kejahilan dalam bidang akhlak dan keagamaan.

Jahiliah tidak merujuk kepada kejahilan dalam bidang-bidang seperti pemiagaan, binaan, kesusasteraan pertanian dan sastera.

Tamadun Islam bermula tahun 610M iaitu wahyu yang pertama diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Tamadun Islam boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat:
Zaman Rasulullah s.a.w. (610M-632M)
Khulafa al-Rashidin (632M - 660M)
Zaman Bani Umaiyah (660M - 750M)
Zaman Bani Abbasiyah (750M - 1261M)
Zaman Bani Mughuliyah (Monggols)
Zaman Bani Uthmaniah (1261M - 1924M)

Zaman Rasulullah S.A.W
Zaman Rasulullah S.A.W. dan al-Khulafa' al-Rashidin (r.a.) merupakan zaman model tamadun Islam

Di Madinah, usaha-usaha dakwah Rasulullah secara kasarnya tertumpu kepada

Membina dan menyusun masyarakat serta negara Islam.

Memelihara dan mempertahankan masyarakat dan negara Islam. .

Beberapa perjanjian telah diadakan

Perjanjian Aqabah I (antara isinya orang Madinah berikrar tidak akan mensyirikkan Allah s.w.t, mencuri, berzina, membunuh anak dan menolak perbuatan baik).

Perjanjian Aqabah II (mempersaudarakan orang Muhajirin dan Ansar)

Pembentukan Piagam Madinah (Sahifat al-Madinah) yang mengandungi 47 fasal yang menekankan konsep taqwa dan kesatuan

Zaman al-Khulafa' al-Rashidin
Khalifah Abu Bakr al-Siddiq - 632 Masehi
Khalifah 'Umar ibn al-Khattab - 634 Masehi
Khalifah 'Uthman ibn al-'Affan - 444 Masehi
Khalifah 'Ali ibn Abi Talib - 655 Masehi .

Meletakkan al-Qur'an dan al-Sunnah sebagai rujukan dan asas dalam menjalankan pemerintahan.
Abu Bakr al-Siddiq telah berjaya mewujudkan keamanan dengan menumpaskan golongan murtad dan yang enggan membayar zakat
'Umar ibn al-Khattab (r.a.) menguasai Romawi di timur Farsi di Iraq .

'Uthman ibn 'Allan (r.a.) meluaskan Islam ke Afrika dan Turkistan di Timur.
'Uthman ibn 'Affan membukukan al-Qur'an menjadi sebuah mashaf yang lengkap.
'Ali ibn Abi Talib (k.w.) bermulanya perkembangan ilmu sains dan matematik

Zaman Bani Umaiyyah
 Khalifah Bani Umayyah meletakkan al-Qur'an, al-Sunnah dan al- Ijma' sebagai sumber perundangan negara
Bentuk organisasai negara seperti politik, pentadbiran dan kewangan dikekalkan seperti pada zaman Nabi dan Sahabat
Pusat pemerintahan kerajaan Bani Umayyah adalah di Damsyik (Syam) .

Zaman Bani Umaiyyah
Kegiatan ilmu pengetahuan sangat digalakkan
Ilmu-ilmu al-Qur'an dan al-Hadis dikembangkan
Ilmu-ilmu sains seperti perubatan dikembangkan
Kerajaan Bani Umayyah di Sepanyol yang dipimpin oleh 'Abdul al-Rahman al- Dakhil mendirikan kerajaan Islam di Andalusia berpusat di Cordova.

Zaman Bani Abbasiyah
Kerajaan Bani Abbassiyah berpusat di Baghdad.

Kegemilangan dalam kebudayaan, keilmuan, kegiatan ekonomi dan politik

Perkahwinan campur telah melahirkan cantuman kebudayaan Farsi, India, Arab, dan Greek .

Dari sudut keilmuan didirikan Bayt al-Hikmah dan gerakan terjemahan

Masjid dijadikan sebagai pusat segala kegiatan ilmu.

Dalam bidang ekonomi peranan Bayt al-Mal, pertanian dan perdagangan berkembang pesat.

Dari segi politik kelahiran berbagai fahaman politik

Zaman Moghul
Perkembangan dan kemajuan tetap berlaku

Prestasi semakin menurun akibat daripada penjajahan

Kerajaan Islam Moghul telah diserang dan dimusnahkan

Banyak khazanah Islam musnah dan dipindahkan ke dunia Barat.

Kerajaan Moghul berpusat di India

Kerajaan Uthmaniah
Kerajaan Uthmaniah bertapak kuat di Istanbul.

Tamadun Islam yang Membawa kepada Renaissans di Eropah

Perkataan renaissans bermaksud kelahiran

Pengaruh pemikiran Islam ke atas Barat bermula dari abad ke-11 sehingga abad ke-13 dan ke-14 Masehi.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Barat
Khalifah Bani Abbasiyah, al-Ma'mun, menubuhkan Bayt al-Hikmah 830M sebagai perpustakaan, pusat percetakan dan penerjemahan.

Tahun 600 hingga 1000 Masehi merupakan zaman kegelapan Barat.

Kegelapan Barat disebabkan masalah kemunduran
1.     Ekonomi
2.     Keilmuan
3.     Kerohanian
4.     Politik yang tidak stabil
5.     Pemisahan antara ilmu dengan agama .

Pendedahan Islam kepada dunia Barat adalah melalui:
1.     Layanan pemerintah terhadap rakyat secara adil
2.     Keadaan masyarakat Islam
3.     Agama dan ilmu yang tidak terpisah.
4.     Kewujudan institusi pengajian tinggi di Sicily
5.     Percanggahan keilmuan dan dogma yang tidak boleh diterima akal

6.     Pemindahan Pemikiran Islam ke Eropah
7.     Penghijrahan sarjana Barat ke negara Islam
8.     Aktiviti terjemahan pemikiran Islam ke Barat
9.     Penubuhan universiti-universiti di Barat
10.  Universiti pertama di Barat didirikan di Salerno dan Naples oleh King Roger. .
11.  Pemindahan Pemikiran Islam ke Eropah
12.  Peristiwa Perang Salib bermula pada 1097M member kesan yang besar kepada pemindahan pemikiran Islam ke Barat
13.  Perang Salib selama 130 tahun menyebabkan segala ilmu pengetahuan, corak pentadbiran dan pengendalian perkhidmatan awam berpindah ke Barat.
14.  Penaklukan kembali Andalus dan Sicily oleh kerajaan Kristian juga antara faktor perpindahan ilmu Islam ke Barat

Pengaliran Tamadun Islam Ke Eropah
Kemajuan orang Islam Sepanyol menarik minat orang Barat untuk mempelajari ilmu pengetahuan bangsa Arab.

Mereka telah mendirikan sebuah sekolah di Paris bagi mempelajari bahasa-bahasa Timur pada abad ke12M

Orang Eropah mengambil ilmu perbuatan daripada Ibn Zuhr dan Ibn Baithar.

Mereka berjaya mengubat penyakit cacar dan sampar.

Raja-raja dan kaum bangsawan Eropah seringkali memanggil doktor-doktor Arab untuk mengubati mereka.

Sekolah perubatan didirikan oleh orang Perancis gurunya terdiri daripada bangsa Arab Sepanyol.

Daripada bangsa Arab orang Eropah mengetahui cara membuat gula dan sutera

Orang Arab mahir dalam ilmu peperangan dan membuat kapal perang.

Angkatan laut Islam di Lautan Mediterranean menjadi contoh kepada angkatan laut negara-negara Kristian.

Eropah mempelajari daripada bangsa Arab ilmu pertukangan, kesenian, nyanyian hingga sekarang dalam muzik Sepanyol masih ada kesan- kesan pengaruh Arab.

Andalusia Sebagai Anugerah Tamadun Islam Kepada Eropah

Penaklukan Andalus
Antara faktor yang membawa kepada penaklukan negeri Sepanyol itu ialah kerana Roderick telah merampas takhta kerajaan

Count Julian ingin membalas dendam lalu mempelawa orang Islam menakluki Sepanyol dan berjanji untuk memberi kerjasama

Tariq bin Ziyad seorang panglima yang ditugaskan untuk menawan negeri itu.

Andalusia Sebagai Anugerah Tamadun Islam Kepada Eropah

Penaklukan Andalus .
Pada tahun 711M Tariq bersama dengan pasukan tenteranya sebanyak 7,000 orang telah mendarat di bahagian selatan semenanjung itu yang kemudiannya disebut 'Jabal Tariq', (Gibraltar)

Roderick mengerahkan tenteranya hampir sebanyak 100,000 orang.

Tariq meminta bantuan sebanyak 5,000 orang

Andalusia Sebagai Anugerah Tamadun Islam Kepada Eropah

Walaupun tentera Roderick banyak bilangannya, namun beliau mempunyai banyak musuh dari dalam; orang Yahudi telah memberi kerjasama kepada tentera Islam.

Dalam pertempuran itu, Roderick telah terbunuh.

Tariq sebagai seorang panglima yang cekap telah berjaya menawan Malaga, Granada, Cord ova dan Toledo.

Pencapaian Kerajaan Islam Di Sepanyol
Pusat Pengajian .
Orang Islam Sepanyol mempunyai peluang mendapat pelajaran melalui sistem pendidikan rendah dan tinggi.

Al-Maqqari seorang ahli sejarah Islam Sepanyol telah membuat catatan mengenai peluang mendapat pelajaran bagi kaum wanita.

Universiti-universiti telah didirikan di Cordova, Seville, Malaga dan Granada.

Universiti Cordova, misalnya mempunyai jabatan sains di samping jabatan bahasa, agama dan falsafah.

Pencapaian Kerajaan Islam Di Sepanyol

Pusat Pengajian
Universiti Granada mempunyai jabatan undang-undang, perubatan, kimia, falsafah dan astronomi.

Kristian dari Castile dan Aragon yang memusuhi orang Islam Sepanyol datang menuntut ilmu di Universiti Granada.

Perusahaan membuat kertas juga mencapai kemajuan.

Dari Sepanyol cara membuat kertas telah dibawa ke Itali, Perancis dan seterusnya ke seluruh Benua Eropah.

Kertas merupakan satu peninggalan orang Islam yang diwarisi oleh Benua Eropah.

Pencapaian Kerajaan Islam Di Sepanyol
Sains .
Dalam bidang botani al-Ghafi dari Cordova dan Ibn al-Awwam dari Seville.

Ibn al-Awwam menghasilkan sebuah buku yang penting dalam ilmu pertanian bertajuk al-Filahah.

Abu Marwan seorang tokoh perubatan di Sepanyol yang menulis buku al-Teisir yang membicarakan sejarah penyakit.

Ibn Abbas al-Zahrawi seorang doktor istana Hakam telah menulis buku yang berjudul al-Tasrif yang membicarakan asas pembedahan.

Ibn Rusyd seorang ahli falsafah dan perubatan menghasilkan bukunya yang terkenal, iaitu al-Kulliyat (Prinsip-prinsip Perubatan).

Al-Majriti telah membuat pembetulan terhadap jadual astronomi ciptaan al-Khawarizmi.

Al-Bitruji tokoh astronomi Sepanyol yang mengarang buku al-Hayah yang membicara tentang bintang-bintang.

Kesenian
Ziryab menjadi tokoh muzik di istana Khalifah Abdul Rahman II.

Abu Qasim Abbas terkenal sebagai seorang tokoh muzik yang memperkenal seni muzik timur di Sepanyol.

Pemerintah Sepanyol telah membina berbagai-bagai bangunan dengan menyertai seni ukir Islam.

Kesan sejarah yang berbentuk rumah ibadat telah dimusnahkan di Sepanyol selepas orang Islam tewas, kecuali masjid Cordova.

Pencapaian Kerajaan Islam Di Sepanyol

Industri
Dalam bidang perusahaan, mereka menjalankan perusahaan membuat pinggan mangkuk, tembikar, kemudian dieksport ke luar negeri.

Orang Islam Sepanyol juga maju dengan perusahaan membuat kain dan mendapat pasaran di Eropah Barat.

Almeria sahaja ada mempunyai 4,800 mesin tenun kain.

Pencapaian Kerajaan Islam Di Sepanyol

Industri
Pengeluaran kain-kain sutera yang bermutu juga diusahakan bagi pakaian di-raja, atau untuk hiasan perayaan dan gereja.

Mereka juga menjalankan perusahaan logam, sampai hari ini istilah-istilah barang perusahaan-perusahaan itu masih menggunakan bahasa Arab.

Gading gajah diimport dari Afrika, dan barang ukiran yang diperbuat dari- padanya dieksport ke luar negeri.

Ilmu Falsafah
Ibnu Rusyd (Averroes) telah menguasai alam pemikiran sejak akhir abad ke-12 hingga akhir abad ke-16

Christopher Columbus ingin mengembara di Lautan Atlantik telah dihalang oleh Gereja tetapi katanya "Yang memberi ilham kepadaku untuk melakukan tujuan yang mulia ini adalah buku-buku dari Ibnu Rusyd.

Frederick II iaitu Maharaja Rom telah mendirikan Universiti Naples bertujuan menyiarkan ilmu falsafah dan pengetahuan Islam di Eropah.

General Order of Preaches iaitu sebuah badan tertinggi Kristian berusaha menterjemah kepada karya-karya Islam seperti Tahafutul-Falasifa oleh Al-Ghazali (Algazel) dan juga Tahafutut-Tahafut oleh Ibnu Rusyd.

St. Thomas Aquinas telah memerintahkan supaya disalin kitab-kitab Abul-Hassan Al-Shaari untuk digunakan oleh pihak Gereja untuk melawan arus atheisme di Eropah. Buku tersebut dikenali dengan nama Loquentes (Mutakallimun). .

Pengaruh Tamadun Islam Dalam Ilmu Pengetahuan

Ilmu Sains dan Perubatan
Al-Kindi dalam bidang optika yang diselaraskan dengan teori-teori geometri dan fiziologi telah diterjemahkan ke bahasa Latin dengan judul De Aspectibus

Al-Zarqali (Arzachel), bukunya tentang astronomi telah disalin oleh seorang dari Montpellier di Perancis ke bahasa Latin.

Al-Bitruji (Alpetragius) telah berjaya menyusun sebuah buku besar tentang perjalanan bintang- bintang disalin dalam bahasa Hebrew pada abad ke-16, dan disalin pula ke bahasa Latin.

Al-Fazari, pencipta pertama astrolabe, bukunya telah disalin ke bahasa Latin telah dipergunakan oleh universiti Eropah untuk mengajar astronomi.

Pengaruh Tamadun Islam Dalam Ilmu Pengetahuan

Buku-buku astronomi Al-Khawarizmi pula telah disalin ke bahasa Latin, dan pada 1914.

Karya Nasiruddin Tusi tentang ilmu matematik telah disalin ke bahasa France.

Karya al-Khawarizmi tentang soal hitungan dan asal-usul angka telah disalin ke bahasa Latin

Bidang kimia karangan Jabir (Geber) telah disalin ke bahasa Inggeris dan Latin dengan nama Book of Composition of Alchemy pada 1144.

Pengaruh Tamadun Islam Dalam Ilmu Pengetahuan

Dalam perubatan pula, zaman gemilangnya. bermula dengan Al-Razi (Rhazes) diterjemahkan kitab Al-Hawi (120 jilid) ke bahasa Latin yang merupakan bahasa rasmi ilmu pengetahuan di Eropah.

Kitab Al-Razi yang lain seperti al-Kitab al-Mansuri (10 jilid) diterjemahkan ke bahasa Latin abad 15 dan kemudiannya diterjemahkan ke bahasa Perancis dan Jerman.

Ali Abbas (Haly Abbas) telah menulis bukunya Al-Kitab Al-Maliki berupa sebuah ensaiklopedia tentang teori dan praktik perubatan telah diterjemahkan ke bahasa Latin dan bahasa Inggeris berjudul The Whole Medical Art.

Abul-Qassim Zahrawi (Abulcassis) menulis kitabnya at-Tasrif telah diterjemahkan ke bahasa Latin yang telah meletakkan asas kedoktoran gigi di Eropah.
Buku Ibn Zuhr (Avenzoar) iaitu At-Taisir telah diterjemahkan ke bahasa Latin pada 1280 dengan judul Theisir dan dalam bahasa Inggerisnya berjudul Facilitation of Treatment.

Penyakit mata (optika) Ibnu-Haytham (Alhazen) dan Al-Kindi juga banyak mengkaji ilmu optika telah disalin ke bahasa Latin dengan nama Optics, dan salah seorang pengikutnya ialah Roger Bacon.

Kitab Ibnu Rusyd Kulliyat fit-Tib, ianya telah diterjemah ke bahasa Latin pada 1255 dengan judul Colliget dan salinan dalam bahasa Inggeris berjudul General Rules of Medicine.

Kalender Ibnu Jazlah (1100) tentang penyakit-penyakit dan cara mengubatinya diterjemahkan ke bahasa Latin pada 1532.

Ibnu Sina (Avicenna). Kitabnya Al-Qanun fit-Tib (Cannon of Medicine) yang dianggap sebuah ensaiklopedia lengkap dalam perubatan dan pembedahan dijadikan teks perubatan di Eropah mulai abad 12 – 17M.

Kesusasteraan .
Di antara karya-karya sastera Islam yang sangat terkenal di Barat ialah seperti Hikayat 1001 Malam
Rubaiyat Umar Khayyam

Shah Nameh oleh Firdausi

Al-Masnawi oleh Salahuddin Al-Rumi

Jalaluddin Al-Rumi telah menulis Al-Masnawi diterjemahkan oleh Prof. Nisholson dan Prof A. J. Arberry ke dalam bahasa Inggeris.

Falsafah Hayy bin Yaqzhan ciptaan Ibnu Tufail begitu besar pengaruhnya terhadap kelahiran Robinson Crusoe oleh Daniel Defoe

Jonathan Swift ketika menulis Gullivers Travel dan Battle of the Books yang didasarkan daripada karya Al-Ghazali Tahafutul-Falasifa.

Prof. H.A.R. Gibb mengatakan sastera Eropah bangun dengan bentuk dan jiwa baru hingga kini
Katanya orang-orang Barat masih tidak jemu-jemu membaca The Arabian Nights, Ali Baba and the 40 Thieves, Aladdin and the Magic Lamp, Sindbad the Sailor yang mana semuanya itu hasil kreativiti penulis-penulis Islam.


************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com


No comments:

Post a Comment